
Tak sedia bukan alasan! Amin Idris tegas wajib bertudung sama seperti solat apabila ramai remaja Muslimah masih menggunakan alasan “belum ready” untuk menangguhkan kewajipan menutup aurat. Pendakwah dan motivator terkenal ini menekankan bahawa hijab bukan pilihan, tetapi perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Amin menjawab persoalan tentang hukum segelintir umat Islam yang memberi alasan tidak bersedia untuk menutup aurat. Beliau menyamakan situasi ini dengan solat yang juga wajib, tidak kira seseorang itu ‘ready’ ataupun tidak.
“Kita kena faham, hukum pakai tudung adalah wajib sebagaimana kita wajib sembahyang. Boleh ke kita kata nak solat bila dah bersedia? Tak boleh sebab ia memang wajib. Kalau alasan itu tak boleh digunakan untuk solat, maka begitu juga untuk aurat,” jelasnya.
Selain menegur salah faham tersebut, Amin turut berkongsi alternatif jawapan yang lebih baik sekiranya ditanya mengenai penutupan aurat. Katanya, daripada memberi alasan ‘belum sedia’, lebih baik meminta orang lain mendoakan supaya diberi kekuatan.
“Kalau orang tanya bila nak bertudung, minta saja didoakan. Pertama, orang akan doakan kita. Kedua, kita beritahu yang kita sedang berusaha untuk bertudung. Sebab hidayah tak boleh ditunggu, kita kena cari,” katanya lagi.
Menurutnya, setiap manusia perlu berusaha mencari hidayah dengan langkah kecil dan ikhtiar yang berterusan, bukannya menunggu sehingga diri dianggap sempurna. Bertudung bukan tanda seseorang sudah baik sepenuhnya, tetapi ia adalah proses menuju kebaikan.
@hotfm976_ Solusi Amin Idris; Apa hukum kalau kita cakap “belum ready nak pakai tudung?” #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #SolusiAminIdris ♬ original sound – Hot FM
Nasihat Amin Idris ini mendapat perhatian ramai netizen, khususnya golongan muda yang sering berdepan dilema dalam soal aurat. Ramai yang bersetuju bahawa jawapan beliau bukan sahaja menyentuh soal hukum, malah turut mendidik adab apabila ditanya tentang isu sensitif ini.
Buat remaja Muslimah, mesejnya jelas: bertudung adalah tanggungjawab, bukan pilihan. Jangan tunggu sempurna, mulakan langkah pertama dengan niat ikhlas. Setiap usaha menuju kebaikan pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber: TikTok @HotFM
BACA LAGI : ‘New chapter, Bismillah…’Nora Danish Padam 24,000 Gambar Tidak Bertudung
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.