Pembaca Komik Teruja ‘Lawak Kampus’ Bakal Diadaptasi Sebagai Siri Animasi

Share

 

Budaya membaca komik sekian lama tidak pernah luput dari generasi ke generasi. Jujurnya, kebanyakan daripada kanak-kanak juga mula minat membaca disebabkan oleh – apa lagi – buku komik

Bagi yang dilahirkan pada era 90-a, pastinya korang familiar dengan siri komik Lawak Kampus yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan seharian dan mempunyai pelbagai karakter.

Komik Lawak Kampus ini pernah menjadi fenomena di Malaysia sejak 2003 apabila dicetak dalam versi Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris.

Dan…khabarnya tak lama lagi komik Lawak Kampus akan diangkat sebagai siri TV animasi oleh studio produksi tempatan, Lil Critter Workshop!

Menurut penerbit Eksekutif Lil Critter Workshop iaitu Walid Omar , pihaknya telahpun mendapat ‘lampu hijau’ daripada penerbitan Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) untuk menerbitkan animasi ini.

“‘Lawak Kampus akan menyasarkan golongan penonton dari kalangan kanak-kanak hinggalah ke mereka yang telah keluarga di sekitar Asia Pasifik dengan 10 episod yang ‘tidak kering gusi’.

“Siri animasi ini bertujuan untuk memupuk tema persahabatan dan penerimaan diri selama setahun (mereka) di sekolah,” kata studio tersebut dalam kenyataan hari ini. Setiap episodnya pula akan bersiaran selama 10 minit.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa keterujaan menantikan siri animasi ini.

Bagaimanapun buat masa ini, belum ada lagi pengesahan platform mana yang akan menayangkan siri terbabit. Adakah ia akan ditayangkan di stesen televisyen ataupun secara atas talian saja, kita kenalah tunggu update

terbaru.

Tak sabar nak tunggu siri animasi ni, mesti ramai yang akan mengimbau kenangan masa kecil.

Sumber: Lil Critter Workshop

IKLAN