Ketabahan seorang pegawai sukarela dari Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Leong Keng Yik, membuktikan bahawa cabaran hidup bukan alasan untuk berhenti mengejar ilmu.

Walaupun disahkan menghidap kanser tulang jenis chondrosarcoma, anak kelahiran Manjung, Perak ini tetap meneruskan perjuangannya dan akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Pembuatan) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Diagnosis Yang Mengubah Segalanya

Leong, 31, disahkan menghidap kanser tahun lalu ketika masih berada di semester akhir pengajian. Pada awalnya, dia hanya menyangka sakit biasa akibat latihan di Kem Rejimen 504.

“Saya ingatkan sakit biasa sebab sebelum itu saya aktif berlatih dengan menyertai latihan-latihan seperti mana yang dirancang oleh Kem Rejimen 504. Bila sakit makin teruk sehingga tidak boleh mencangkung dan tidak boleh tidur, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Selepas pemeriksaan mendalam di sebuah hospital swasta di Perlis dan rujukan kepada pakar ortopedik di Pulau Pinang, doktor mendapati sebahagian struktur tulang pada pelvis kirinya telah hilang akibat sel kanser. Dia segera dijadualkan menjalani pembedahan pada 20 Jun 2024.

Empat Bulan Terkurung & Pertarungan Mental

Pembedahan besar itu merencatkan pengajiannya, malah Leong tidak mampu berjalan selama hampir empat bulan. Keadaan itu menekan mentalnya dengan hebat.

Ads

“Masa itu mental saya terjejas teruk, saya bingung, risau pasal pengajian dan risau pasal kewangan, tetapi saya bersyukur keluarga tidak pernah tinggalkan saya,” tambahnya.

Ayahnya, Leong Ton Chew, 68; ibunya Low Gaik Choo, 67; serta abang dan kakak ipar menjadi sumber kekuatan paling besar sepanjang tempoh sukar itu.

Sokongan Yang Menghidupkan Semula Semangat

Antara insan paling banyak membantunya ialah penyelianya, Dr Muhammad Hasnulhadi Mohammad Jaafar.

“Dr Muhammad Hasnulhadi sanggup datang dari Perlis ke Pulau Pinang untuk ziarah saya. Bila tengok penyelia sendiri datang sejauh itu bagi semangat, saya rasa saya tak boleh mengalah. Dari situ saya bangkit,” ujarnya lagi.

Ads

Bukan itu sahaja, pegawai sukarela dari Kem Rejimen 504 juga sering datang memberi kata-kata semangat.

“Pegawai sukarela lain dari Kem Rejimen 504 juga meluangkan masa mengunjungi saya di rumah, beri kata-kata semangat, saya berasa terharu dan daripada itu, motivasi saya semakin meningkat dan berusaha menjalani fisioterapi bagi menguatkan otot,” katanya.

Bangkit Langkah Demi Langkah

Sebagai Ketua Platun, Kompeni Alpha, Batalion 1 Rejimen 504 Askar Wataniah, Leong tidak pernah menyerah. Setelah kembali mampu berjalan, dia menyambung pengajian secara berperingkat sambil menjalani fisioterapi intensif untuk menguatkan tulang dan otot di kawasan pembedahan.

Ads

“Sekarang keadaan saya telah stabil, implan telah serasi. Cuma saya masih perlukan masa untuk kuatkan otot. Saya risau juga pasal kerja nanti, takut saya tidak boleh berdiri atau berjalan lama, namun saya tetap akan berusah,” tuturnya.

Tak Pernah Putus Asa, Pegawai Sukarela Askar Wataniah Berjaya Tamatkan Master Meski Bertarung Kanser Tulang

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads