Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi rakaman tersebut, pemuda yang dikatakan seperti penyanyi lagu popular Sayang Sayang itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah. Sekali gus, ia menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata membuat andaian sendiri mengenai penyanyi tersebut.
Tampil membantu membersihkan nama baik Aliff daripada terus difitnah dan menjadi bualan warganet, pelakon meningkat naik, Ahmad Shahidan Izwan menerusi satu hantaran InstaStory menjelaskan keberadaan penyanyi tinggi lampai itu di kelab malam adalah kerana keria semata-mata.
“Tak pasal-pasal dia kena fitnah, #kuakadkaudenganbismillah.
“Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya yang turut memuat naik beberapa keping foto dan video bersama penyanyi itu di lokasi tersebut.
Difahamkan, Shahidan yang popular dengan naskhah 7 Hari Mencintaiku 2 itu merupakan antara yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.
Ads
Sempat REMAJA menjengah menerusi beberapa ciapan di Twitter, rata-rata warganet dan para peminat berharap Aliff tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan menggunakan peluang yang diberikan sebelum ini untuk menjadi suami dan bapa dengan lebih baik.
Ads
Sebelum ini, penyanyi lagu Kalau Cinta itu pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk isu curang dengan beberapa wanita.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri tercinta yang juga penyanyi, Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’ yang ditunjukkan olehnya di gimnasium tular di media sosial.
Dalam video tu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu dilihat menjadikan bodyguard sendiri sebagai punching bag.
“Gym tak ada punching bag,” tulis Cik B ringkas di ruangan kapsyen.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan dah pun meraih lebih 208 ribu tontonan, 18 ribu tanda suka dan 135 komen.
Rata-rata netizen terhibur dan tak sangka dengan aksi selamba Cik B itu.
“Cik B nak tanya, mana nak dapat punching bag tu?” seloroh seorang netizen.
“Cik B tolong kongsi link punching bag ini,” tambah seorang lagi dengan nada berseloroh.
“Helok (kacak) punching begnya pun…”sempat netizen lain ‘usha’ bodyguard tu juga.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan Cik B serius sparring dengan bodyguard seakan-akan sedang berlatih seni mempertahankan diri. Tapi yang buat ramai teruja mestilah sebab ‘punching bag’ dia bukan calang-calang orang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama siri Korea terbaharu, Hometown Cha Cha telah pun ditayangkan bermula Sabtu lalu dan ia telah bermula dengan baik apabila berjaya mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus dan 6.7 peratus sekali gus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel.
Menggandingkan pasangan lesung pipit, Kim Seon Ho dan Shin Min Ah, drama ini mengisahkan tentang seorang doktor gigi yang berasal dari bandar Seoul membuka sebuah klinik gigi di kampung tepi laut Gongjin.
Instagram @seonho__kim
Manakala, Hong Du Sik merupakan pemuda kampung yang serba boleh, yang juga sebenarnya pengaturcara perisian berbakat namun memilih untuk menghabiskan sebahagia besar waktunya untuk menolong penduduk kampung tersebut.
Baru dua episode ditayangkan, penonton sepertinya sudah jatuh hati dengan drama ini selepas melihat paparan visual lautan, perkampungan dan bukit bukau yang memberi ketenangan. Jalan ceritanya juga simple dan bersahaja, sesuai bagi mereka yang ingin menonton drama ringan dan tidak sarat.
Instagram @seonho__kim
Watak pemuda kampung yang dibawa oleh Kim Seon Ho juga berjaya menambat hati penonton, lebih-lebih lagi sikap penyayang terhadap warga emas yang dipaparkan menerusi watak Hong Du Sik. Ramailah yang cair tengok Kim Seon Ho dalam drama ini. Hiks!
Kali ini apa kata kita mengenali pelakon lelaki berlesung pipit ini dengan lebih dekat. Berikut merupakan antara fakta menarik tentang Kim Seon Ho.
1. Menjadi pelakon teater sejak tahun 2009
Sebelum memulakan karier sebagai pelakon drama, Kim Seon Ho terlebih dahulu menceburi bidang teater selepas lulus dari Institut Seni Seoul pada 2009. Pelakon ini mempunyai kisahnya tersendiri sebelum tertarik dalam bidang lakon drama. Setelah rakannya memasuki kelas lakonan, Seon Ho merasakan ia sesuatu yang sangat menarik dan kerana itu dia turut sama mengikuti rakannya menceburkan diri dalam industri lakonan.
2. Debut di kaca televisyen bermula pada tahun 2017
Walapun bermula agak lambat di usia 31 tahun, kemunculan pertama Seon Ho dalam Good Manager membuahkan hasil apabila kemunculannya itu mendapat perhatian ramai. Pada tahun yang sama, dia mendapat tawaran membintangi drama Strongest Deliveryman dan Two Cops.
Berkat membawa watak sebagai penipu licik dalam Two Cops, Seon Ho berjaya menerima anugerah dalam MBC Drama Awards 2017, membawa pulang anugerah Excellence Award dan Best New Actor.
3. Memegang watak utama selepas setahun membuat debut
Selepas setahun membuat kemunculan pertama di kaca TV, Kim Seon Ho mendapat tawaran memegang watak utama pertamanya pada tahun 2018 menerusi drama You Drive Me Crazy, bersama pelakon Lee Yoo Young.
Pada tahun yang sama juga, Seon Ho membintangi drama 100 Days My Prince yang melonjakkan lagi namanya dalam industri hiburan Korea.
Instagram @seonho__kim
4. Bernaung di agensi yang sama dengan Park Shin Hye
Pada September 2018, Kim Seon Ho bernaung di agensi Salt Entertainment, bersama-sama pelakon terkenal seperti Park Shin Hye, Kim Ji Won, dan Kim Jung Hwa.
5. Merupakan anak tunggal dan masih tinggal bersama kedua ibu-bapanya
Di Korea Selatan, kebanyakan orang dewasa yang sudah bekerja akan tinggal berasingan daripada keluarga mereka, tetapi tidak bagi pelakon ini. Walaupun sudah mempunyai kerjaya dalam bidang hiburan, namun dia masih lagi tinggal bersama-sama dengan ibu dan bapanya.
Instagram @seonho__kim
6. Pertama kali menaiki kapal terbang sewaktu usia 32 tahun
Kim Seon Ho pernah mengakui bahawa dirinya takut untuk melakukan perkara-perkara mencabar, seperti menggembara menaiki pesawat. “Saya seorang yang penakut dan bukannya individu yang berfikiran positif jika berhadapan dengan perkara-perkara mencabar”.
7. Membintangi Start Up pada tahun 2020 dalam masa yang sama menjalani penggambaran 2 Days & 1 Night
Sewaktu menerima tawaran berlakon dalam drama Start Up, Kim Seon Ho masih terikat dengan jadual tugas bersama program realiti 2 Days 1 Night. Dia mula menyertai program itu di musim keempat pada Disember 2019. Pelakon ini juga pernah meluahkan rasa resah kerana bimbang penonton akan keliru dengan karakternya di program realiti itu dan watak Han Ji Pyeong dalam Start Up.
Instagram @seonho__kim
Begitulah sedikit sebanyak informasi tentang pelakon manis berlesung pipit ini. Jangan lupa saksikan drama terbaharu Kim Seon Ho, Hometown Cha Cha yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad di saluran Netflix.
Cumanya, kali ini lain sedikit ceritanya. Bukan selebriti tempatan yang diperkatakan dengan ‘imej baharu’ tetapi ia merupakan pelakon Hollywood popular, Jada Pinkett Smith!
Ibu kepada Jaden Smith dan Willow Smith itu telah mengejutkan ramai pihak terutamanya di kalangan peminatnya di negara majoriti Islam.
Menerusi muat naik di Instagram rasmi beliau, Jada seperti berada di atas trek balapan dan mengenakan balutan hijab berwarna jingga bersama baju T putih, jaket denim lengan panjang serta sarong bercorak batik!
Wow, orang Malaysia pun ada yang tak memakai batik seperti ini, tapi Jada sendiri memilih batik untuk dipakai sebagai sarong.
Muat naik tersebut berbunyi, “Apabila kamu di (negara) Timur Tengah melihat Will Smith berlari pada waktu pagi, saya pula dalam mood ‘non glamour glory’ dan Jas Davis ingin merakamkan momen ini..”
Nampaknya, spekulasi yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Jada telah memeluk agama Islam atau Jada berniat untuk mengubah imejnya tidaklah tepat.
Jada sekadar ingin menghormati cara pemakaian masyarakat di Timur Tengah.
Begitupun, warganet tampil memuji imej tersebut dengan berkata bahawa Jada peka dengan sensitiviti masyarakat di sana yang tidak berpakaian menjolok mata biarpun berlaianan kepercayaan agama.
Selain itu, ada juga warganet Indonesia yang mula meletakkan ‘claim’ bahawa fabrik batik berasal dari negara mereka. Haihh..
Apapun, ini bukanlah kali pertama selebriti antarabangsa mengenakan hijab untuk tujuan bergambar.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.