Tak Menang Trip Ke New Zealand, Khairul Aming Tampil Tenang Walaupun Pelanggan ‘Cancel’ Order

Share

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini tampil memberikan penjelasan berhubung isu segelintir pelanggan yang membatalkan pembelian Rendang Nyet Berapi susulan selepas ada pelanggan yang kecewa kerana tidak berjaya memenangi percutian ke New Zealand menerusi ‘giveaway’ yang dianjurkannya.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman yang lebih mesra disapa KA menjelaskan bahawa situasi seperti itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.

“Ramai ke yang cancel order? Sebenarnya tak, sikit sahaja. And benda ni normal sebenarnya setiap kali launching. Semua sellers hadap benda sama,” tulisnya.

“In fact, ramai yang dah dapat dah parcel dari semalam. Alhamdulillah banyak sangat review positive kita dapat untuk rendang ni,” katanya.

Kredit foto: Instagram Khairul Aming

Menurutnya lagi, giveaway tersebut hanyalah sebagai hadiah buat para pengikut setianya. Beliau juga tidak berkecil hati jika ada yang memilih untuk membatalkan pesanan kerana tidak memenangi hadiah tersebut.

“Kalau ada yang cancel order sebab tak menang giveaway, KA okay je dia buat macam tu. Sebab maybe dia nak guna duit tu untuk benda lain yang lagi penting,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Khairul Aming yang sebelum ini pernah menjual Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi juga memaklumkan tujuan utama giveaway ini adalah untuk meraikan para penyokong jenama dan produknya.

Beliau turut menegaskan bahawa kaedah pembayaran secara talian dipilih bagi memastikan pemenang adalah pelanggan sebenar dan bukan scalpers atau scammers.

Kredit foto: Instagram Khairul Aming
Kredit foto: Instagram Khairul Aming

Tambahnya, isu pembatalan ini tidak merugikan mana-mana pihak kerana stok yang dibatalkan masih boleh dijual semula.

“Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stok itu boleh dijual balik. Dan sekarang ramai yang tanya bila nak restock,” kata Khairul Aming.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan para pelanggan agar membetulkan niat dalam pembelian dan memastikan tujuan membeli produk adalah kerana kualiti serta sokongan, bukan semata-mata untuk hadiah. 

Kredit foto: Instagram Khairul Aming
Kredit foto: Instagram Khairul Aming

Sementara itu, Khairul Aming juga menekankan bahawa dalam perniagaan keberkatan rezeki adalah sesuatu yang sangat penting baginya dan beliau sentiasa mengutamakan kepuasan hati pelanggan dan kualiti produk yang dihasilkan.

Selain itu, melalui penjelasan berkenaan diharap dapat menjernihkan keadaan serta menjawab persoalan ramai berkenaan isu pembatalan pesanan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE