Pencarian Dewi Remaja telah banyak menghasilkan alumni peserta yang cukup hebat dalam bidang masing-masing.
Mengimbas kembali 9 tahun lalu, Shangkharee Nadarajan yang ketika itu berusia 20 tahun pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang pada ketika itu menemukan antara finalis Glamazon paling berjaya pernah dikumpulkan di dalam satu kumpulan.
Antaranya termasuklah pemenang Noor Neelofa, pemenang tempat kedua Izara Aishah, Anzalna Nasir, Iraa (Top 5), Ramona Zam-Zam (Top 5), Syatilla Melvin, Mia Ali (pemilik Mia’s Kitchen) dan ramai lagi.
Pada edisi tersebut, Shangkharee menempah sejarah apabila meraih tempat ketiga daripada 10 orang finalis.
Izara Aishah, Noor Neelofa dan Shangkharee Nadarajan.
Sumber: Click Studio
Ads
“Sebelum menyertai Dewi Remaja, saya pernah menjuarai 2 buah pertandingan ratu cantik pada tahun 2008. Salah seorang juri pada waktu itu dapat melihat potensi saya dan meminta agar mencuba nasib untuk Dewi Remaja.
“It was a great experience. Selepas tiga tahun, saya kembali semula kepada dunia ratu cantik dan sertai Miss Universe Malaysia 2014,” kata Shangkaree yang juga bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian perubatan di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) Pulau Pinang.
Melalui posting di Instagram semalam, Shangkharee mencuri tumpuan dengan kisah throwback ketika beliau menyertai Miss Universe Malaysia 2014. Meski tugas seorang peserta nampak mudah di atas pentas, namun tekanan yang dihadapi mereka demi mengejar impian menjadi pemenang amatlah besar.
Miss Universe Malaysia 2014
“Saya menyorok di dalam bilik persalinan selepas saya ditabalkan pemenang tempat kedua, dan masih memakai dress biru saya. Sukar sekali untuk bernafas, terutamanya apabila saya mula menangis sehingga ke tahap seakan hiccup.
“Selepas mendengar seseorang mengetuk pintu, saya buka dan muka pengajar catwalk kami, Ben Toong, kelihatan cukup risau apabila memandang saya yang masih menangis. Dia berkata, “This is what I feared the most, I feared you wouldn’t be able to accept defeat.”
Ads
Shangkharee (belakang, 5 dari kanan).
“Saya AMAT inginkan title Miss Universe 2014 tersebut, TAPI SAYA GAGAL. Saya telah mengambil leave daripada med school, kurangkan 25 kilogram berat badan, habiskan duit dan saya tidak menang!
“Dua hari berturut-turut saya menangis.
“Namun sebulan kemudian, things changed. Saya ditawarkan internship bersama Miss Universe Malaysia Organization sebagai penerbit online content. Daripada peluang tersebut jugalah, saya mula berkenalan dengan pelbagai pihak sehingga dalam satu bulan, saya menghiasi 3 majalah berbeza sebagai model.
“Untuk 4 bulan berikutnya, saya ditawarkan untuk bekerja dengan radio dan 8 bulan kemudian, saya mula menjadi hos televisyen,” tulis Shangkaree lagi.
Menurut beliau, laluan pertandingan bakat dan ratu cantik seperti Dewi Remaja dan Miss Universe Malaysia bukanlah mudah. Setiap hari, ada saja yang komen terhadap rupa fizikal dan personaliti peserta.
“Sesetengah komen memang ‘tajam’ dan menyakitkan hati. TETAPI apa yang lebih penting adalah ATTITUDE kamu. Ramai remaja perempuan yang menghantar mesej bertanya sama ada mereka patut menyertai pertandingan ratu cantik. Jawapan saya adalah, “Go where your heart takes you, do what your mind can withstand.”
“Saya tidak menang atau mendapat job begitu saja, I fought for it. Dan saya bersyukur saya telha menjadi sebahagian daripada dunia ratu cantik. Walaupun tak menang, I’m still a Queen!” kata beliau yang masih berhubung dengan rakan Dewi, Izara Aishah.
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni sekental dan secantik – in and out – seperti Dr. Shangkaree. Thank you for sharing your story, Doc!
#DewiRemaja #GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi semua yang telah menonton episod pertama Dewi Remaja 2019 semalam, yay!
Seperti kebiasaan, episod pertama akan mengupas semula pengalaman para finalis semasa sesi ujibakat, pemilihan 12 finalis akhir di sidang media dan kemasukan mereka ke Vila Dewi.
Namun di sebalik apa yang ditayangkan di kaca televisyen, ada beberapa perkara yang mungkin penonton tidak tahu berlaku sepanjang proses pemilihan finalis itu.
Jom lihat 10 coret-coret yang sempat kali kumpulkan.
10
Nampak sekejap tetapi proses saringan yang perlu dihadapi oleh para finalis pada hari ujibakat amatlah lama. Bagi yang hadir sebelum jam 9.00 pagi, selalunya mereka hanya menamatkan ujibakat hingga ke peringkat terakhir pada jam 2.00 petang.
Menurut Dian Fernandez dan Shaza Bae, mereka datang seawal mungkin kerana enggan giliran mereka berlarutan hingga ke tengah malam, berdasarkan pengamatan pada edisi tahun lalu.
09
Walaupun klip di ujibakat semalam memaparkan hanya 4-5 orang peserta terpilih untuk ditemu ramah, sebenarnya seramai 54 orang peserta telah menerima kad tahniah dan berjaya sampai ke peringkat temuduga tertutup. Dari hampir 600 peserta sepanjang 4 hari ujibakat, kurang 10 peratus yang berjaya.
08
Kebanyakan peserta yang hadir akan gentar bila berhadapan dengan juri selebriti jemputan kami seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusry Abd Halim, Dynas Mokhtar, Anzalna Nasir, Rozita Che Wan dan Ramona Zam Zam.
Namun bagi sesetengah finalis Top 12, mereka lebih gentarkan juri dari pihak editorial seperti Editor Pengurusan, Fiezreen Ahmad, Editor FZ Aimman dan rakan editorial serta penyampai berita kami dari Astro seperti Ashwad Ismail, Fida Samat dan Saharudin Musthafa.
Garang agaknya kami ni, hehe.
07
Sebelum pemiihan Top 12, 20 orang finalis perlu berhadapan dengan beberapa tugasan di sebalik liputan. Ya kami tidak membuat sebarang liputan mengenai penggambaran montaj, sesi pengenalan dan tugasan 1-to-1 bersama mereka kerana kami ingin fokus untuk betul-betul mengenali kesemua 20 orang finalis tanpa ‘judgement’ daripada publik.
Jelas, mereka mengambil tugasan itu dengan penuh dedikasi, serius dan pada masa yang sama, taking all the fun in.
06
Sidang media untuk memperkenalkan 12 orang finalis Dewi Remaja 2019 berlangsung di sebuah kafe tertutup di Petaling Jaya. Untuk pengetahuan, pihak produksi telah melakukan raptai penuh setelah semua finalis menyiapkan diri dari segi mekap, dandanan dan pakaian.
Seharusnya mereka merasa cemas namun teruja pada hari tersebut. Tetapi kebanyakan finalis hanya fikir untuk lakukan yang terbaik dan enjoy sesi tersebut. Dapat tak dapat belakang cerita.
05
Bukan mudah untuk kami melihat adegan salah seorang finalis, Farzana Zainul Abidin terjatuh di atas pentas semasa sesi pengenalan. Namun itulah yang terjadi dan ia mendapat liputan meluas di media sosial dan portal digital.
Farzana atau Zaza menganggap ia sebagai perkara kecil dan tidak terlalu terkesan dengannya. Malah dia sudahpun memperolehi tawaran bekerja dari pihak produksi.
04
Tipulah kalau cakap finalis Top 12 tak mengharapkan akan terpilih. Cuma untuk sesetengah, mereka terkejut apabila nama dipanggil oleh hos Dewi Remaja 2019 iaitu Amelia Handerson.
Ash umpamanya sudah redha tidak terpilih. Nina Amin pula terkejut apabila menjadi peserta pertama yang dipanggi nama. Shaza Bae pula menjadi peserta terakhir dipanggil dan diletakkan bersama 3 orang peserta lain yang mengharapkan spot tersebut iaitu Aina Shuada, Shahirah dan Nina Ariff. Rezeki nyata menyebelahinya.
03
Sebagai rakan penaja kami, wakil dari redONE dan NUViT Malaysia turut bersama-sama kami pada sidang media tersebut. Menurut pengasas redONE iaitu En Ben, mereka teruja untuk mencari seorang Dewi Remaja yang mempunyai misi yang besar bukan saja dalam pencarian ini tetapi setelah dinobatkan juara.
Wakil NUViT Malaysia iaitu Cik Louise dan En Kingsley pula tidak sabar untuk bekerja sama dengan para finalis dalam salah sebuah episod Dewi Remaja kelak. Hhm apa agaknya yang akan mereka lakukan bersama redONE dan NUViT ya?
02
Seperti yang ramai tahu, finalis Dewi Remaja pada kali ini telah disatukan dalam sebuah rumah tajaan Broadleaf Residences Hometree. Besar kan rumah mereka!
Menariknya, ini adalah kali pertama peraturan kuarantin itu dijalankan selama tempoh pertandingan.
Pada tahun lalu, peserta masih dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing walaupun tinggal dalam sebuah rumah. Pada era Dewi Remaja 2009/10 dan 2014/15 pula, peserta dikuarantin di hotel kira-kira 2 minggu sebelum acara finale.
01
It is tough.
Nampak saja seperti Dewi Remaja 2019 hanyalah sebuah pencarian personaliti remaja baru yang mempunyai potensi dan bakat untuk diserlahkan. But it is definitely more than that.
Finalis memerlukan fokus yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal, keyakinan diri, perlu mencabar keupayaan dan pada masa yang sama pantas belajar. Jadual para finalis sememangnya padat dan kami harap mereka menjaga kesihatan sebaik mungkin.
*
*
But wait, ada lagi coret-coret yang ingin kami beritahu korang.
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini) setiap hari Ahad jam 6.00 petang untuk 8 buah episod.
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 1
1. Di manakah lokasi ujibakat pencarian Dewi Remaja 2019 diadakan?
2. Siapakah 2 JURI TETAP pencarian Dewi Remaja 2019 yang diumumkan semasa sidang media?
3. Siapakah seorang finalis Top 12 yang terlupa untuk membawa selempang (sash) Dewi Remaja-nya pada hari pertama memasuki kediaman?
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 2 minggu hadapan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 minggu berturut-turut tiada penyingkiran… Apakah nasib mereka minggu ini?
Adrenalin yang dirasai oleh 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 diteruskan lagi pada episod ketiga minggu ini apabila dua figura ahli perniagaan terkenal, Fizo Omar dan Shalma Ainaa diundang untuk menguji kemampuan mereka dalam cabaran kali ini.
Mengangkat tema ‘Entrepreneurship Challenge’ untuk cabaran episod ketiga, cabaran ini menyaksikan sejauh mana pemahaman 16 finalis Hero Dewi Remaja mengenai selok belok dunia perniagaan.
Episod tiga yang baru sahaja ditayangkan sebentar tadi turut menyaksikan 8 finalis Hero Remaja dan 8 finalis Dewi Remaja diuji dari segi keupayaan untuk mengaplikasikan strategi perniagaan yang telah diajar oleh mentor dan juri jemputan Fizo Omar.
Fizo Omar yang juga merupakan bekas Hero Remaja 2007 dan ahli perniagaan berkesempatan mengadakan bengkel ringkas ilmu perniagaan dan penjenamaan sebelum finalis diberi peluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari di cabaran seterusnya.
Strategi disusun, semangat membara! Tapi cukupkah itu saja untuk menjadi juara?
Dibahagikan kepada empat kumpulan, tugasan utama mencabar mereka untuk menjual jambangan bunga yang telah digubah dan dipilih sendiri oleh setiap ahli sebelum tiba di lokasi iaitu Kasturi Walk, Pasar Seni Kuala Lumpur.
Tapi sebelum itu, mereka harus melakukan perbentangan kepada juri jemputan yang juga pengasas jenama pakaian tempatan, Shalma Ainaa berkaitan nama kumpulan, strategi serta gaya pemasaran.
Lebih meriah lagi apabila sesi jualan tersebut turut dibuka kepada orang awam dan peminat yang ingin menyokong Hero atau Dewi kegemaran mereka. Memang lurve sangat!
Pelbagai teknik dan strategi turut diaplikasikan oleh setiap finalis demi memastikan produk jualan mereka laku bak pisang goreng panas. Ada yang menyanyi, berjoget dan membuat promosi jualan kotak misteri. Wahhh kreatif juga peserta Hero Dewi Remaja kali ini!
Selain itu, sama juga seperti episod sebelum ini, mereka juga harus melunaskan tugasan Photoshoot Challenge. Klik Klik… start posing guys!
Di penghujung episod, penonton menyaksikan kumpulan Razin yang diwakili tiga finalis lain iaitu Fitri, Evertts dan Jay Iskandar menduduki tempat tercorot bagi cabaran kali ini.
Turut menumpang nasib yang sama ialah kumpulan Arabella yang turut diwakili Qist, Nurel dan Adrina. Manakala, kumpulan Hakim yang diwakili oleh Jaysong, Ameer dan Azri tampil sebagai pemenang.
Namun di akhir rancangan, nasib jelas tidak menyebelahi Razin dan Myra apabila nama mereka berdua diumumkan sebagai finalis yang harus melangkah pergi dek kerana markah keseluruhan individu mereka adalah yang tercorot berbanding semua.
Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan….
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah bahagia dengan cahaya mata sulung, Lara Alana yang kini telah memasuki usia 6 tahun, Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya dan pasangannya Awal Ashaari sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua mereka.
Menerusi sebuah posting di Instagram semalam, Awal telah mengumumkan bahawa isteri tercintanya itu kini sedang mengandung.
“Syukur ya Allah di atas rezeki ini. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna di hari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna,” catit Awal.
Awal juga sempat untuk berkongsi bahawa kandungan Scha telah memasuki bulan keempat. Oh, rupanya Scha sedang pregnant 3 bulan semasa siaran langsung episod finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai lepas!
Pandai cover eh, hehe..
Selain itu, Lara turut ‘mengumumkan’ bahawa bayi yang dikandung itu adalah bayi lelaki. Aikk, cepat betul 4 bulan sudah tau jantina bayi. Hiks, nak sangat adik lelaki la tuh.
Dalam pada itu, ramai rakan selebriti yang tampil memberikan ucapan tahniah kepada Scha, Awal dan Lara.
Alhamdulillah, ramai yang turut gembira dengan berita tersebut dan mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan. Tahniah guys!
Jom lihat beberapa lagi Mama Dewi yang telah bergelar hot mommies.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.