“Tak Dapat Bagi Duit, Bagi Tenaga,” – Nabila Razali Kongsi Pengalaman Cuci Rumah Mangsa Banjir

Share

Musibah banjir yang melanda negara ternyata memberi kesan kepada banyak pihak, bukan hanya kepada mangsa bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Peristiwa itu menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu dan menunjukkan yang kita sebenarnya saling kasih mengasihi tanpa mengira kaum dan agama.

Masing-masing cuba menbantu mangsa dengan sebaik mungkin. Ada yang turun membawa bot untuk menyelamatkan mangsa, ada yang menyediakan makanan, ada yang menderma dan tidak kurang juga yang meminjamkan tenaga mereka untuk membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Mengambil contoh, penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali turut turun padang menjadi sukarelawan. Dia yang dilihat tampil santai dengan baju rona putih siap berbut kuning tinggi, tidak kekok membersihkan lumpur dan kotoran dek banjir pada rumah mangsa. Menerusi laman Instagramnya,

dia berkongsi pengalaman.
Kredit foto: Instagram Nabila Razali

“Tiada yang glamor tentang ini, hanya manusia yang membantu manusia lain. Kalau anda berpeluang untuk melakukannya, lakukanlah. Tak dapat bagi duit, bagi tenaga. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya, Amin,” kongsinya yang popular dengan lagu Peluang Kedua.

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Selain Nabila seorang lagi penyanyi popular, Wany Hasrita turut serta dalam misi pembersihan tersebut. Di dalam video yang dimuat naik, dapat dilihat keadaan rumah yang dipenuhi lumpur dan kekotoran pada dinding yang tinggi memberi indikasi bahawa rumah tersebut tenggelam hampir ke pada bumbung.

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Dari Meja Editorial Untuk Pembaca Remaja.

Jadikan musibah ini untuk melihat bahawa rakyat Malaysia memang saling kasih mengasihi. Pada masa hadapan jangan biarkan sesiapa sahaja memecahbelahkan rakyat demi kepentingan peribadi. Orang-orang politik pula jangan sibuk dengan kempen berbaur perkauman dan sentimen agama. Raikan Malaysia seadanya sebagai sebuah negara berbilang bangsa dengan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

BACA JUGA: Belia India Bantu Bersihkan Kawasan Masjid Bukti #RakyatJagaRakyat

Dalam keadaan sebahagian rakyat Malaysia yang dalam kesusahan, sama-sama kita meringankan beban mereka. Jika tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan anda boleh sertai badan bukan kerajaan yang melancarkan kempen pembersihan.

Tak mampu beri duit, kita sumbangkan tenaga kita. InsyaAllah, setiap usaha akan diberkati oleh yang Maha Esa.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN