Tajuddin Abdul Rahman Ditamatkan Perkhidmatan Serta Merta Sebagai Pengerusi Prasarana

Share

Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.

Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”

Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.

Tangkap layar dari laman sesawang change.org

Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.

Sumber:  Astro Awani

IKLAN