Kelibat penyanyi, Ben Ladin dalam satu video tular di aplikasi TikTok dalam persalinan sut berona biru gelap bersama wanita yang memakai gaun serba putih seakan mengesahkannya telahpun mendirikan rumah tangga.

Tahniah! Penyanyi Ben Ladin Bergelar Suami Pada Usia 23 Tahun

Ben Ladin, 23 turut dilihat memakai inai merah dan memeluk wanita tersebut pada penghujung video berkenaan.

Difahamkan, pemilik nama lengkap Muhammad Benladin Munshi Shaihan telah memilih wanita yang dikenali sebagai Shida itu biarpun tidak jelas tarikh sebenar mereka melansungkan majlis.

IKLAN

Tahniah! Penyanyi Ben Ladin Bergelar Suami Pada Usia 23 Tahun

Ben juga belum membuat sebarang kenyataan ataupun hantaran di media sosial mengenai perkahwinannya dan status dirinya sama ada masih bujang ataupun sudah bergelar suami.

***

IKLAN

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Hamidah yang dipercayai merupakan ibu saudara kepada pengantin perempuan juga berkongsi khabar gembira itu tiga hari lalu dan mengesahkan ura-ura tersebut.

Tahniah! Penyanyi Ben Ladin Bergelar Suami Pada Usia 23 Tahun

IKLAN

“Persandingan anak buah dengan pasangannya, Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” catatnya.

Tinjauan REMAJA ke atas hantaran tersebut mendapati ramai yang terkejut dek faktor usia Ben Ladin yang masih muda sedangkan rata-rata wargamaya yang mengenalinya masih belum menemui pasangan sejati mereka sendiri. Begitupun, mereka mendoakan masa hadapan Ben Ladin dengan isterinya itu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI