“Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Iya, doakan yang terbaik untuk saya.”
Begitulah permintaan selebriti dan usahawanita, Noor Neelofa setelah mengesahkan bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Setelah pelbagai spekulasi bertebaran sejak awal tahun ini kononnya Neelofa sedang hamil dengan kandungan keduanya, juara Dewi Remaja 2009/10 itu dan suami, Hariz Ismail pada awalnya memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan spekulasi tersebut.
Namun kini apabila kandungan lebih stabil dan sudahpun memasuki trimester kedua, barulah mereka lebih terbuka untuk berkongsi serba sedikit mengenai bakal adik kepada Muhammad Bilal itu.
Dari kanan: Neelofa dan adiknya, Athisha Khan di majlis hari ini.
Kata Neelofa kepada Media Hiburan semasa ditemui di acara pelancaran Warisan Naelofar di Kuala Lumpur pada hari ini, “Usia kandungan kini sudah half way to go. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja.
Ads
“Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih baru lagi. Tapi syukur, semua mendoakan saya,” ujarnya.
Tambah Neelofa lagi, dia dan suami kini sedang giat melakukan persiapan menyambut bayi kedua itu biarpun masih belum mengetahui jantinanya. Malah, mereka juga tidak kisah tentang soal jantina asalkan keadaan bayi sihat sejahtera.
“Syukur, setakat ini saya tidak ada alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua.
Ads
“Jadi saya sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semua,” tambahnya yang manis dalam persalinan serba merah jambu.
Agaknya, bayi kedua ini adalah baby girl ke ataupun masih baby boy?
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon cantik, entrepreneur produk kosmetik dan kini pemilik koleksi fesyen.
Ketika pelancaran koleksi Izara Aishah X Lilit, pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini sempat mengimbau pengalamannya ketika menyertai edisi kelapan Dewi Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Dewi Remaja telah banyak menghasilkan alumni peserta yang hebat dalam bidang masing-masing, termasuklah Izara sendiri.
Foto: KOLEKSI MAJALAH REMAJA
Wanita jelita kacukan Melayu-Pakistan ini bertanding bersama rakan finalis lain yang berada di kalangan Top 5 terpilih seperti Noor Neelofa, Shangkharee, Iraa dan Ramona Zam-Zam. Beberapa lagi finalis lain yang menyertai mereka ialah Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Mia Ali dan ramai lagi.
Kebetulan atau tidak, pemenang tempat ketiga iaitu Dr Shangkharee Nadarajan juga merupakan rakan sebilik Izara pada waktu itu.
(Dari kiri) : Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya, Izara Aishah & Dr Shangkharee Nadarajan Foto: KOLEKSI MAJALAH REMAJA
“Izara tak boleh lupa momen dengan Shangkharee, she is a very nice person.
“Dia seorang saja yang tidak ada masalah with all the others girl and she just got along with everyone.
“Izara dengan Shangkharee sama, we just went with the flow, happy go lucky. Kita buat kerja kita dan tak ganggu orang lain. We didn’t have any drama,” imbasnya kembali.
Pengalaman Tak Boleh Dilupakan
“Izara pernah pitam dekat pentas semasa rehearsal kerana Izara berdepan isu stage fright. Bila perlu bercakap di atas pentas, mulalah datang rasa anxiety.
“That is why i do not do theater shows until today. Tapi Alhamdulillah, rezeki berpihak pada Izara juga pada malam itu.”
Foto: KOLEKSI MAJALAH REMAJA
Dewi Remaja Dahulu VS Sekarang
“Seingat Izara, team produksi pada waktu itu semuanya garang-garang. (ketawa)
“They made us a very disciplined batch. Bukan nak cakap batch terbaru ni tidak disiplin cuma mungkin mereka melayan finalis dengan lebih lembut berbanding semasa batch Izara.”
Kepada Top 20 finalis Dewi Remaja 2019 pula, Izara berkata,
“Just be yourself. Be real, kalau tak suka cakap tak suka, kalau suka cakap suka.
“Tak perlu nak menjadi seorang yang berlainan.”
“Izara berharap agar batch Dewi Remaja 2019 akan terus memberikan inspirasi kepada remaja yang lebih muda daripada mereka. Jadi seorang yang bertanggung jawab, ada class tersendiri dan menjadi contoh sebaik mungkin untuk masyarakat.”
Semasa pencarian Dewi Remaja 2009/10 sedang berlangsung, mereka tidak mempunyai kuasa media sosial sehebat sekarang. Yang ada pun akaun MySpace, Friendster dan Facebook.
Kini dengan adanya WhatsApp, Instagram, SnapChat dan sebagainya, bukan mudah bagi seseorang semuda finalis Dewi Remaja untuk menguruskan akaun media sosial mereka bagi memuaskan hati semua pihak.
They have to be a celebrity and at the same time, be themselves.
REMAJA meminta tip dari Izara sendiri mengenai cara terbaik menguruskan media sosial. Untuk menjadi seorang public figure bukanlah mudah. Setiap hari, ada saja komen mengenai rupa, fizikal dan personaliti peserta.
“Izara sendiri tak berapa share tentang kehidupan peribadi. Izara mostly cuma share tentang kerjaya sahaja. I guess you have to find a balance.
“Usah overshare, usah juga melupakan kepentingan media sosial.”
Foto: KOLEKSI MAJALAH REMAJAIzara (5 dari kiri) turut berada di kalangan penonton semasa acara finale Dewi Remaja 2018/2019, Januari lalu. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Norman Hakim (finalis Hero Remaja 1994/95) dan Datin Rebecca Nur Islam (finalis Dewi Remaja 2004/2005)
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni sekental dan secantik – in and out – seperti Izara Aishah.
Thank you for sharing your story dan moga terus sukses Icha!
Pada hari Sabtu dan Ahad lalu, REMAJA bersama team Astro telah menjayakan sesi uji bakat yang dihadiri oleh ramai muka-muka baharu yang menaruh harapan cukup tinggi.
Untuk yang belum berkesempatan mengikuti sesi uji bakat ini, jangan risau kerana kami akan mengadakannya selama dua hari lagi iaitu pada 6 dan 7 Oktober ini di lokasi yang sama.
Namun, kami perasan terdapat ramai antara korang masih mempunyai pertanyaan dan persoalan tentang pertandingan serta uji bakat ini terutamanya di lama media sosial.
REMAJA berharap dengan perkongsian di bawah, ia mampu membantu korang untuk melakukan persiapan sebaiknya sebelum ke uji bakat DEWI REMAJA 2018/19 nanti.
Good luck and see you there!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah bagi sesiapa saja, terutamanya wanita muda untuk bangkit semula daripada tragedi kemalangan jalan raya.
Namun, life definitely has to move on, walau se-klise mana pun frasa tersebut.
Insiden yang menimpa finalis pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini yang juga berkhidmat sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berlaku pada Mac lalu. Namun, sakitnya memori pada waktu itu masih jelas di pemikiran Deeba Halil.
Deeba merupakan salah seorang personaliti yang dipaparkan kisahnya di dalam isu Girl Power oleh Majalah REMAJA pada bulan Julai ini, and it is for a very valid reason.
Deeba membuktikan kepada semua orang dan paling penting – kepada dirinya sendiri – yang dirinya cukup kuat untuk berdepan dengan musibah kemalangan jalan raya tersebut.
“Saya akan ingat sampai bila-bila, ia berlaku pada 22 Mac 2018 pada jam 5 petang. Pada waktu itu, saya dalam perjalanan pulang semula ke KLIA 2 dan saya menunggang vespa di highway.
“Mungkin sudah takdir namanya, vespa saya bergesel dengan motorsikal lain sehingga saya tercampak ke dalam longkang.
“Walaupun pada waktu itu, ramai yang mengelilingi saya dan perhatikan saja saya yang sedang terbaring serta berdarah, satu benda je yang saya fikirkan – kerja,” katanya yang telah berkhidmat sebagai pramugari untuk tahun ketiga selepas tamat Dewi Remaja.
Suka atau tidak, Deeba terpaksa menerima 11 jahitan pada kepala dan dimasukkan ke wad selama 10 hari.
“Sudah tentu saya risau dengan parut di kepala, sama ada ia akan pulih atau tidak. Bila tengok je cermin di hospital, saya tak tahan. Saya terus menangi walaupun keluarga dan doktor berikan kata-kata sokongan.
“Selepas beberapa hari, barulah emosi saya stabil sedikit kerana terlalu risaukan masa depan kerjaya. Saya sedar, setiap kesan parut dan calar ini membawa erti kisah saya. Maybe one day, saya boleh ceritakan semula kepada anak nanti.
“Semangat untuk bangkit semula ini pun hasil pengalaman yang saya belajar semasa Dewi Remaja,” kata Deeba lagi yang sudah bertugas semula di bahagian pejabat AirAsia, buat masa ini.
“Lepas bercakap dengan Cabin Crew Executive (CCE), mereka berjanji position saya sebagai cabin crew tak ‘terancam’. Saya hanya perlu menunggu kesan parut ini pulih semula.
“Sabar itu indah.”
All the best Deeba! REMAJA yakin Deeba cukup kuat dari luar dan dalaman untuk kembali dengan rutin seperti sebelum ini.
#GirlPower !
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.