Tahniah! Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Share

Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon berbakat besar, Nad Zainal yang selamat melahirkan anakanda lelaki pada tanggal 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami tercintanya yang juga pelakon, Ungku Ismail dalam sebuah perkongsian di entri Instagram sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

Menerusi muat naik berkenaan, Ungku Ismail dilihat sedang memangku bayi lelaki mereka itu dengan penuh kasih sayang

Dalam perkongsian yang sama, Ungku turut menitipkan pesanan buat anak pertamanya itu serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada isteri tercintanya.

“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya penuh dengan cabaran namun tempat kamu berdiri dalam perspektif Tuhan, menentukan kebahagiaan kamu,” coretnya ringkas.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Januari lalu.

Terdahulu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada tahun 2015 namun bercerai pada September 2022. Hasil perkahwinan, mereka itu dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Ungku Ismail.

IKLAN