Terbaru, bintang K-Pop popular, Taeyong NCT sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan jelajah solo Asia pertamanya selepas secara rasmi menamatkan latihan khidmat ketenteraan pada 14 Disember lalu. Khabar ini sekaligus menandakan kemunculan semula beliau dalam industri hiburan dan membuktikan kesungguhan Taeyong untuk kembali aktif dalam industri muzik selepas 20 bulan berkhidmat sebagai tentera laut.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi daripada SM Entertainment, Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Taeyong (30), bakal memulakan jelajah solo Asia ‘TY TRACK – REMASTERED’ dengan dua persembahan pembukaan di Seoul pada 24 dan 25 Januari akan datang. Konsert ini juga merupakan versi terbaru kepada konsert solo sulungnya ‘TY Track’, yang telah berlangsung pada Februari 2024.
Selepas Seoul, pelantun lagu ‘Love Theory’ itu akan meneruskan jelajahnya ke beberapa bandar utama di Asia termasuk Jakarta, Yokohama, Macao dan Bangkok, sebelum singgah ke Kuala Lumpur sebagai destinasi seterusnya.
Ads
Difahamkan, konsert di Malaysia akan berlangsung di Idea Live Arena Kuala Lumpur pada 11 April 2026 dan dianjurkan oleh iMe Malaysia. Ini sekaligus menandakan kemunculan solo pertama Taeyong di negara ini sejak kali terakhir beliau menjejakkan kaki ke Malaysia bersama NCT pada tahun 2017.
Di samping itu, konsert jelajah ini juga membawa signifikan tersendiri buat Taeyong yang mula mencipta nama sebagai artis solo sejak Jun 2023. Sehingga kini, beliau telah melancarkan dua EP solo iaitu ‘Shalala’ pada 2023 dan ‘TAP’ pada 2024 yang memperlihatkan sisi artistik serta identiti muziknya secara lebih peribadi.
Ads
Untuk perkembangan terkini, Taeyong dijangka kembali menemui peminat lebih awal menerusi penampilan khas dalam sebuah program muzik terbitan SBS sempena sambutan Krismas, sekaligus menjadi penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas tamat perkhidmatan tentera.
Ads
Bagi peminat di Malaysia khususnya NCTzen, kehadiran Taeyong pada April 2026 pastinya menjadi momen yang paling dinantikan, lebih lagi apabila ia menandakan kepulangan semula penyanyi rap tersebut selepas hampir sedekad tidak membuat persembahan di negara ini.
Sementara itu, maklumat lanjut berkaitan pelan tempat duduk dan penjualan tiket dijangka akan diumumkan oleh iMe Malaysia menerusi saluran media sosial rasmi mereka dalam masa terdekat. Dengan kembalinya Taeyong ke pentas secara penuh bertenaga, jelajah ini dijangka menjadi antara konsert K-Pop paling dinanti pada tahun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada ribut tiada angin, secara tiba-tiba , pempengaruh media sosial dan pelakon, Harris Annuar telah menerima mesej mengejutkan berbaur ugutan santau daripada seorang individu yang tidak dikenalinya.
Menerusi hantaran foto di akaun Instagram Harris, dia mendedahkan rantaian mesej ugutan yang diterimanya awal pagi semalam.
Jelasnya, individu itu telah mengugut untuk menghantar santau akibat rasa tidak puas hati terhadapnya.
Mesej tersebut berbunyi, “Kau ingat ini, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.
“Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan terlalu senang-lenang sangat. Aku tak kisah kau artis, kau raja mana-mana negeri ke. Ini aku aku nak pesan dekat kau, kau simpan dalam otak kau okay.”
Justeru, Harris mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam Seksyen 9 semalam. Laporan dibuat memandangkan ia adalah mesej ugutan serius dan Harris sendiri enggan perkara yang sama dihadapi orang lain terutamanya rakan selebriti yang khabarnya pernah diugut oleh individu sama.
Biarpun sudah membuat laporan polis, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2017 ini tampil ke hadapan bagi memastikan agar sesiapa yang pernah terasa hati dengannya untuk memaafkan kesilapan yang mungkin pernah dilakukannya.
“Di kesempatan ini, saya pun tak tahu sebenarnya saya salah apa atau dengan siapa. Tapi tak mengapa, saya tetap ingin minta maaf andai kata saya pernah menyakiti hati sesiapa atau membuat sesiapa merasa tidak selesa tanpa saya sedari.
“Kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan,” katanya sambil memohon doa kepada Ilahi agar hanya melindungi dirinya daripada sebarang keburukan yang berpunca daripada dirinya sendiri.
Tindakan Harris membuat laporan polis telah menerima sokongan daripada beberapa selebriti tempatan yang berharap agar individu tersebut menerima pengajaran daripada perbuatan keterlaluan ini.
Antaranya termasuklah Khai Bahar, Alif Muhaimin, Fendy Bakry, Ezlynn, Uyaina Arshad dan Safwan Nazri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal K-Pop, BTS baru-baru ini mencipta kembali nostalgia bersama para peminat (ARMY) apabila ketujuh-tujuh ahli akhirnya kembali bersatu menerusi sebuah siaran langsung di aplikasi Weverse disertakan dengan pengumuman yang cukup mengejutkan.
Menurut ketua kumpulan, RM atau Kim Namjoon (31), BTS bakal melancarkan album penuh pada musim bunga tahun 2026 di mana ia sekaligus akan menjadi album berkumpulan pertama BTS selepas hampir empat tahun berehat atas komitmen wajib ketenteraan sebelum ini.
“Mulai bulan Julai, kami akan berkumpul dan bekerja bersungguh-sungguh untuk fokus menghasilkan muzik. Album kami mungkin akan dikeluarkan pada musim bunga akan datang. Jadi awak tidak perlu menunggu hingga bulan Julai atau Ogos,” kata RM.
Pada masa yang sama, BTS turut berkongsi tentang perancangan untuk mengadakan konsert jelajah dunia seiring dengan pelancaran album baharu tersebut.
“Kami juga akan menemui para ARMY di seluruh dunia, jadi nantikan,” jelasnya lagi.
Tambah RM, kumpulan itu akan terlibat proses penghasilan album bermula di Amerika Syarikat Selain itu, beliau menyatakan bahawa mereka akan lebih aktif berkomunikasi bersama peminat melalui aplikasi Weverse dan platform media sosial yang lain.
Sementara itu, ahli termuda BTS, Jungkook turut berkongsi keterujaannya dengan menyatakan bahawa kali ini mereka akan kembali kepada tema asal mereka dan bekerja secara kolektif sebagai satu kumpulan serta akan menyiapkan album agar para penggemar tidak perlu menunggu terlalu lama.
Sekadar info, BTS juga berkongsi perkembangan individu masing-masing seperti J-hope yang sempat mengadakan jelajah solo bertajuk ‘Hope on the Street’ dan Jin yang melancarkan konsert solo ‘Run-Seokjin: Episode Tour’ yang berlangsung baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sembilan tahun lalu siapa sangka empat gadis yang mengikuti pertandingan X-Factor 2011 bakal menjadi sebuah kumpulan yang berjaya dalam arena hiburan antarabangsa. Pada mulanya Jesy Nelson, Jade Thirlwall, Perrie Edwards dan Leigh-Anne Pinnock menhadiri uji bakat sebagai artis solo wanita namun tersingkir sebelum sampai ke pemilihan mentor.
Namun bakat mereka tidak disia-siakan apabila para juri bersepakat untuk menggabungkan mereka bersama dan bertanding di dalam kategori kumpulan. Bermula dari titik itu, kumpulan Little Mix membuktikan kehebatan mereka dengan memenangi pertandingan tersebut.
Seteleh sembilan tahun bersama banyak kejayaan yang diperolehi, antaranya mereka tersenarai antara kelompok penyanyi berkumpulan wanita paling banyak penjualan album iaitu sebanyak lebih 50 juta selain memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Album ke-empat mereka ‘Glory Days’ menjadi album oleh kumpulan wanita paling lama berada di tangga pertama dalam carta yang mana sebelum ini ia dipegang oleh album debut kumpulan Spice Girls.
Menghiasi muka depan majalah You edisi 8 November 2020. Sumber gambar via majalah You
Namun begitu untuk mencapai kejayaan bukan satu perkara mudah, berada di puncak kadangkala memenatkan sehingga membebankan kesihatan dan juga mental. Kelmarin, Jesy Nelson telah mengumumkan yang dia akan mengundurkan diri dari Little Mix bagi memfokuskan kepada kesihatan diri dan mentalnya.
Dalam satu hantaran di Instagram,memetik sebahagian nota yang ditulisnya , “Sembilan tahun bersama Little Mix merupakan masa yang sangat hebat pernah terjadi di dalam hidup saya. Kami telah mencapai banyak kejayaan besama. Namun begitu saya perlu memikirkan untuk menjaga diri dan kini perjalanannya terlah bermula. Saya pelu meluangkan masa bersama orang yang tersayang dan perkara yang membuatkan saya bahagia.
“Kepada Jade, Perrie dan Leigh-Anne terima kasih kerana menjadi sebahagian memori yang paling indah dan takkan saya lupakan. Saya hara panda akan terus menerus memenuhi impian yang telah dibina dan terus menghasilkan muzik yang disukai ramai.”
Ura-ura pemrgian Jesy sebenarnya sudah mula tersebar sejak kumpulan ini diihat hanya muncul bertiga untuk persembahan di kaca televisyen. Namun Ketika itu peminat hanya diberitahu yang dia kurang sihat. Kumpulan ini terkenal dan menjadi salah sebuah kumpulan dengan kekuatan vokal yang menakjubkan.Sebagai salah satu alumni X-Factor mereka membuktikan bahawa bakat yang dicungkil menerusi rancangan realiti bukan sekadar picisan.
Sekadar info, antara pesona muzik popular lain yang lahir dari rancangan ini seperti kumpulan One Direction, Leona Lewis, Jame Arthur dan juga Fifth Harmony.
***P/S- Penulis cukup suka dengan lagu Secret Love Song.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.