Berita baik untuk pelajar IPT…

Nasib setiap orang tidak sama. Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang dan harga makanan yang makin mencanak naik.

ARTIKEL BERKAITAN : Simpati Lihat Pelajar Ikat Perut, Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma

Namun, saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya pihak institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia telah disambut baik.

Beberapa IPT tempatan kini dilihat telah menyahut saranan tersebut yang dijangka dapat membantu dalam meringankan lagi beban kos sara hidup penuntut IPT khususnya golongan B40 ketika ini.

Pada 4 Julai yang lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

IKLAN
Syukur! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Makanan Budget Tapi Berkualiti Serendah RM3.50!
Datuk Seri Noraini Ahmad (Foto Via Utusan Timur)

Setakat ini, IPT awam yang sedang melaksanakan inisiatif berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaya (UM).

Tinjauan di Facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM mendapati, terdapat 12 hidangan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia yang telah dimuat naik beserta gambar melalui satu hantaran yang dibuat baru-baru ini.

Syukur! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Makanan Budget Tapi Berkualiti Serendah RM3.50!
Facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM
Syukur! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Makanan Budget Tapi Berkualiti Serendah RM3.50!
Facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM

Antaranya hidangan tersebut ialah Nasi Lemak yang lengkap dengan telur, timun, kacang, ikan bilis dan sosej untuk sarapan serta beraneka jenis lauk lagi seperti Daging Masak Kicap, Tomyam Ayam, Ayam Paprik, Telur Dadar, Sayur Kobis malah ada juga hidangan serendah RM3.00 yang ditawarkan.

IKLAN

“Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50. Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan lengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan,” jelas Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Nuruliman Ibrahim.

Presiden MPP UMS, Eliezer Nevall Anthony pula berkata program sedemikian dilihat dapat membantu penuntut di UMS yang hampir 60% terdiri daripada golongan B40.

“Program sebegini amat baik dilakukan oleh pihak universiti bagi menjaga kebajikan penuntut yang kurang berkemampuan. Harga RM3.50 yang dilaksanakan dengan beberapa pilihan menu adalah mencukupi untuk keperluan makanan harian penuntut di sini dan mereka berpuas hati,” tambahnya lagi.

IKLAN

Alhamdulillah, moga dengan inisiatif ini tiada lagi pelajar yang ikat perut.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber: BERNAMA,SINAR HARIAN, Facebook MPP UPM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI