
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi realiti sebenar dunia politik yang disifatkannya tidak semewah seperti yang disangka ramai.
Menerusi podcast Lebih Masa, beliau mendedahkan bahawa pendapatan sebagai ahli politik sebenarnya tidak setinggi peluang kerjaya yang ditawarkan di luar.
Menurut Syed Saddiq, persepsi masyarakat terhadap gaji ahli politik sering kali tersasar daripada realiti sebenar.
“Saya perasan ramai orang ingat politik ni gajinya besar. Kadang-kadang, kita sebenarnya perlu keluarkan belanja yang jauh lebih banyak, melainkan kalau kita memang nak bertahan lama dalam politik.
“Hakikatnya, pendapatan di luar sana jauh lebih lumayan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut berkongsi perbandingan pendapatannya dengan tunangnya, Bella Astillahyang aktif dalam industri hiburan.
“Saya ada kongsikan dengan tunang saya, kata: ‘You know, kalau dia pergi ke buat konsert atau menyanyi, dia menyanyi satu malam tu bersamaan dengan gaji saya sebulan.
“Bila saya buat shooting sekarang, shooting satu hari, dia seperti dua bulan, tiga bulan gaji sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq tidak menafikan cabaran besar yang perlu dihadapi sebagai ahli politik, termasuk tekanan berterusan dan kehilangan privasi diri.
“Yang sehari, dahlah tak ada stress, hilang privasi, kena attack kiri, kanan, atas, bawah, ditelanjangkan segala hidup kita kan. So, there is life outside of politics,” kongsinya.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuka mata ramai mengenai realiti sebenar dunia politik yang sering disalah tafsir oleh masyarakat, khususnya dari segi ganjaran kewangan dan cabaran peribadi yang perlu ditanggung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.