Malah, berita gembira ini turut dimuat naik di Instagram suaminya iaitu pelakon, Samheizy Shaheizy berkongsi foto bersama Salama yang sedang tersenyum.
“Salam semua, mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam. 3.05 kilogram, keluaq ikut tingkap, dagu tetapppp,” seloroh pengasas jenama Kekasih HQ ini.
Ucapan Tahniah Daripada Rakan Selebriti
Menjengah ruangan komen perkongsian mereka, rata-rata selebriti tempatan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Sam dan Syatilla. Malah, ramai teruja dengan wajah comel dan tak kurang yang tertarik pada dagunya yang runcing.
Terdahulu, Sam dan Syatilla mengumumkan mereka menyambut cahaya mata ketiga pada Isnin. Pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.
Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejuk perut ibu yang mengandungkan Nor Farhatul Fairuzah Panut, bukan saja ayu raut wajahnya namun kelunakan suara mengalunkan surah-surah Al-Quran dengan taranum cukup memukau sipa yang mendengarnya.
Juara Qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut baru-baru ini berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia 19 tahun itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa posting sempena majlis graduasi baru-baru ini.Dan kejayaan hebatnya pastinya mampu memberi inspirasi dalam kalangan remaja mencintai agar al-Quran.
.
Rutin Harian Baca Al-Quran Selepas Solat
Farhatul turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on Mar 24, 2019 at 4:11am PDT
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Mempunyai hampir 290,000 pengikut di Instagram, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah atas kejayaan tersebut. Untuk makluman, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.
.
Sebahagian ucapan tahniah..
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Tahniah buat Qariah negara kita ni, moga Nor Farhatul Fairuzah Panut terus maju dalam apa yang diceburi dan mampu memberi inspirasi kepada semua remaja diluar sana untuk terus mencintai Al-Quran.
Sumber : Instagram Farhatul Fairuzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika mengenali sesiapa yang kuat fizikal dan mental- ataupun korang sendiri yang mampu untuk melalui cabaran ekstrem – this is for you!
Setiap tahun, saluran KIX HD (Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend akan menganjurkan pertandingan paling lasak di Asia Tenggara, R U Tough Enough.
Untuk edisi tahun 2019, peluang korang untuk mencuba nasib merebut hadiah wang tunai akhirnya tiba.
Pemenang tahun lalu, Mohd Saddam semasa melalui salah satu cabaran di peringkat akhir.
Kuat dari segi fizikal saja tak mencukupi.
Seperti yang telah REMAJA saksikan pada tahun-tahun sebelum ini, pemenang keseluruhan ‘R U Tough Enough’ semuanya mempunyai keinginan mendalam dan ada kesungguhan meneruskan cabaran hingga ke peringkat Final Showdown.
Contohnya seperti pemenang tahun lalu, Mohd Saddam yang merupakan seorang ahli tentera. Ya dengar seperti, “Tentera, bolehlah“.
Namun, Saddam yang kehilangan ibunya pada usia 11 tahun dan terpaksa menyara 9 orang adik-beradik mempunyai mental yang sangat kental bagi memenangi R U Tough Enough 2018.
Sebagai juara, Mohd Saddam memenangi USD15,000.
Pada tahun ini, penganjur membuka peluang kepada para peserta dari negara Asia Tenggara dan Hong Kong.
Pendaftaran secara online sudahpun dibuka kepada peserta lelaki dan perempuan. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, korang hanya perlu layari laman web rasmi mereka untuk mendaftarkan diri sebelum 22 September 2019.
Setelah saringan tertutup dilakukan, 4 orang finalis dari Malaysia akan dipilih ke peringkat akhir untuk bersaing dengan peserta dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Hong Kong, di Sunway Pyramid, bulan November kelak.
Pemenang keseluruhan pula akan memenangi hadiah utama bernilai USD15,000 (RM60,000) dan dinobatkan sebagai ‘Southeast’s Asia’s Toughest 2019’.
Korang rasa korang mampu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan penyanyi WHUT, Aisha Retno dalam program nyanyian Big Stage 2022 pada minggu pertama lalu nyata dinanti-nantikan oleh peminat hiburan tempatan. Rata-rata mengakui kehebatan vokal dan bakat yang dikuasai oleh Aisha lalu tidak sabar untuk melihat kelainan yang akan dibawakan olehnya sepanjang musim keempat ini.
Minggu lalu, Aisha menepati ramalan ramai pihak setelah menduduki kedudukan teratas di antara 12 orang peserta yang bertanding. Aisha yang membawakan lagu Teman nyanyian asal Iman Troye telah memperolehi markah keseluruhan 84.4 peratus. Ia sekaligus menjadikan pertaruhan Aisha yang menukar komposisi lagu tersebut menjadi genre jazz telah menjadi dan disukai oleh juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai dan juri juara, Aliff Aziz serta juri panas, Mas Idayu.
Cuma, sebilangan peminat Aisha merasakan sedikit terkilan setelah kejayaannya pada minggu pertama itu seakan dikaburi atau ‘overshadowed’ oleh pelbagai gimik kejutan yang disediakan oleh pihak produksi Big Stage 2022.
Aisha Retno menamakan Daniel Chuer, Yazmin Aziz, Elica Paujin, Tegar Septian sebagai antara saingan sengitnya mengikut keputusan minggu pertama Big Stage 2022.
Kemunculan Dato Seri Vida yang seringkali dikaitkan dengan ‘berita panas’ di kerusi Presiden Netizen diikuti dengan pengenalan peserta ke-12, Iqbal Zulkefli yang pada mulanya dirahsiakan sedikit sebanyak telah ‘merampas’ tumpuan penggiat media serta penonton secara amnya daripada kehebatan vokal dan persembahan Aisha.
Katanya kepada REMAJA sewaktu sesi Instagram Live #RemajaDengarKata semalam, dia tidak berkecil hati pun dengan perkara tersebut kerana berpandangan setiap peserta pasti mempunyai momen-momen tertentu yang akan diingati oleh para penonton sepanjang musim ini.
“Pertama sekali, Aisha tiada akaun Twitter (ketawa) jadi Aisha tidak tahu apa yang hangat diperbualkan oleh warganet yang menonton Big Stage 2022. Bab trending ini memang Aisha tidak tahu-menahu.
“Tapi secara peribadinya, saya tidak kisah pun apabila perhatian media dan penonton diagihkan kepada semua peserta. Big Stage 2022 tidak menyerlahkan bakat seorang individu sahaja tapi semua peserta yang terlibat. Itu semua berbalik kepada rezeki. Aisha sekadar enjoy sahaja pengalaman ini tanpa terlalu memikirkan soal perhatian ini,” jelas penyanyi berusia 21 tahun ini.
Aisha juga merasakan kemunculan Iqbal Zulkefli pada Big Stage 2022 sebagai satu lagi elemen penyeri dan tidak harus dipandang rendah.
“Mungkin dia ada secret weapon dia juga, kita tak tahu kan. kita tidak boleh underestimate orang punya kepelbagaian. Dia punya marketing pun bagus juga kan. Kita tunggu sajalah minggu kedua ini memandangkan kita pun tidak tahu lagu apa yang akan dibawakan olehnya. Mana tahu dia bawa lagu dangdut sehingga mampu mencuri perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza kan,” katanya.
Sambil itu, Aisha juga sempat bertegur sapa dengan semua peserta termasuklah Iqbal yang baru memunculkan dirinya di lokasi program pada hari kejadian.
“Saya pun terkejut sebenarnya kerana mengikut perancangan asal, giliran saya adalah selepas Yazmin Aziz. Apabila saya diberitahu ada seorang lagi peserta yang akan melakukan persembahan sebelum saya, waktu itulah baru saya mendapat tahu Iqbal Zulkefli ialah peserta yang dirahsiakan itu. Kami sempat bersuai-kenal di belakang pentas, bertukar nama, masing-masing pun fasih ‘kecek Kelate’. Tapi kami tidak ‘kecek’ pasal duit tau,” selorohnya.
Bagi minggu kedua Big Stage 2022, Aisha dijadualkan untuk membawa lagu Lalisa nyanyian asal Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink. Haa, adakah dia akan menyanyi SAMBIL menari? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!