Syarikat Pengurusan Nafi Lee Min Ho Bercinta Dengan Yeonwoo, Hanya Berkawan

Share

Baru sahaja tadi pihak media di Korea Selatan melaporkan tentang hubungan cinta antara Lee Min Ho dengan ahli kumpulan Momoland, Yeonwoo yang dikatakan sedang hangat menjalin asmara.

Namun begitu, berita ini telah dinafikan sendiri oleh agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment yang mengatakan bahawa mereka tidak menjalin sebarang hubungan dan hanya berkawan sahaja.

Sebelum ini, Dispatch telah melaporkan bahawa kedua-dua bintang Korea itu telah bercinta selama lima bulan dan memiliki minat yang sama, iaitu bermain permainan video dan menonton filem. Gambar mereka juga turut tular apabila Lee Min Ho dilihat menjemput Yeonwoo untuk keluar menonton filem.

Foto: Allkpop
Foto: Allkpop

Pihak agensi selebriti itu juga menjelaskan foto-foto tular itu bukan hanya melibatkan mereka berdua, tetapi ada rakan-rakan yang lain turut bersama ketika itu.

Begitulah sukarnya menjadi orang terkenal, di mana sahaja pasti ada mata yang memandang dan timbul pula pelbagai spekulasi. Apa-apa pun pihak agensi Lee Min Ho sendiri telah menafikan berita yang mengatakan selebriti itu bercinta dengan Yeonwoo.

Mungkin peminat Lee Min Ho boleh menarik nafas lega kerana pelakon pujaan korang ini masih single lagi. Hiks!

Sumber: (1)

IKLAN