Susulan Pengunduran Harry & Meghan, Madame Tussauds London Singkirkan Patung Mereka

Share

Kita tidak lagi berpeluang untuk menangkap gambar bersama keluarga diraja Britain yang lengkap.

Ini berikutan keputusan Madame Tussauds London yang telah mengalihkan patung lilin mereka berdua daripada bilik pameran keluarga diraja muzium terkenal itu.

Menurut laporan, pihak pengurusan muzium berbuat sedemikian susulan pengumuman rasmi bekas pasangan diraja itu semalam yang ingin mengundur diri daripada barisan ahli keluarga diraja demi mengecapi kehidupan yang lebih bebas.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry & Meghan Tarik Diri Daripada Keluarga DiRaja Britain

Bilik pameran khas itu sebelum ini dihiasi dengan patung lilin Ratu Elizabeth, Duke of Ediburgh Putera Phillip, Putera William, Kate Middelton, Putera Harry dan Meghan Markle.

Walaupun patung lilin Putera Harry dan Meghan tidak lagi akan kelihatan dalam set keluarga itu bermula semalam, Pengurus Awam Madame Tussauds London iaitu Steve Davies berkata patung mereka berdua masih dipamerkan di dalam muzium itu.

Cuma ia ditempatkan di bilik berlainan.

IKLAN