Susah Jadi Penyanyi Bergelar Pelajar, Kucaimars & Ayie Naik Jua Pentas Konvo

Share

 

Musim konvokesyen masih belum berakhir di sesetengah universiti tempatan. Kali ini tiba giliran 2 penyanyi berbakat ini pula untuk mengenggam ijazah.

 

Kucaimars dan Ayie dari kumpulan Floor88 masing-masing bergelar penyanyi yang perlu imbangi karier muzik dan juga kehidupan sebagai pelajar.

Bukan mudah ya gaiss memandangkan mereka berdua sememangnya sibuk dengan jemputan nyanyian yang kerap, terutamanya pada hujung minggu.

Menurut Kucaimars yang semalam bergelar graduan Diploma Teknologi Kreatif (Teater) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah ALam, banyak cabaran yang perlu dihadapinya sepanjang tiga tahun setengah pengajian.

“Tugasan yang bertimbun perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Saya juga pernah repeat paper semasa semester pertama yang awalnya tidak berminat dengan jurusan yang diambil. Jadi saya bersyukur dengan pencapaian ini,” kata peserta program Big Stage berusia 22 tahun itu.

Jika diberi peluang, dia masih ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pula dalam bidang yang sama.

*

Rasa penat lelah akhirnya membuahkan hasil juga dirasai oleh Ayie Floor 88 yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Menerusi entri di Instagram, Ayie menulis, “Alhamdulillah, apa yang diimpikan selama ini tercapai juga. Batu-batu penghalang telah aku tepis.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu.”

*

Walaupun mereka berdua bergelar penyanyi namun ijazah yang diperolehi adalah dalam bidang teater. Mungkin ke Kucaimars dan Ayie akan berjinak-jinak dalam bidang lakonan pula lepas ni?

Sumber: Astro Gempak

*

Episod 3 Dewi Remaja 2019

IKLAN