Supermoon Pink Terbesar 2020 Hiasi Dada Langit Malam Tadi, Kenapa Pink?

Share

Bagi peminat astronomi, pasti malam tadi sekitar jam 2.00 pagi korang dapat menyaksikan fenomena Supermoon Pink. Lebih mengujakan supermoon yang muncul malam tadi adalah yang paling besar dan paling terang untuk tahun 2020 ini.

Dapat dilihat di seluruh dunia, imej-imej cantik ini dipaparkan oleh peminat-peminat dunia astronomi  dan subhanaallah, memang benar-benar cantik kejadiannya.

Supermoon pink ini dirakamkan di London malam tadi. Memang cantikkan

Sedikit perkongsian, supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

Istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.

Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.

Berbanding supermoon yang lain, supermoon malam tadi dinamakan supermoon pink.

Nampak seakan pink tapi bulan tidak berwarna merah muda. Ia mendapat gelaran berdasarkan bunga merah muda wild ground phlox, yang mekar pada permulaan musim bunga.

Adakah bulan berwarna pink?

Hanya pada namanya sahaja tetapi sebenarnya ia tidaklah berwarna pink. Nama itu diberikan berdasarkan bunga merah muda wild ground phlox, yang mekar pada permulaan musim bunga. Tanaman ini tumbuh di AS dan Kanada. Tanaman ini juga disebut sebagai bulan rumput yang sedang tumbuh, bulan telur dan bulan ikan di bahagian lain dunia mengikut kepercayaan masing-masing.

Jika negara-negara Amerika Utara dan Eropah, di samping Amerika Selatan dan Afrika, dapat melihatnya malam tadi, dikatakan bagi sebahagian Australia dan Asia akan dapat menyaksikannya malam ini. Waallahualam. Cubalah tengok, mana tahu  rezeki korang.

 

 

 

 

 

IKLAN