Super Junior Nyanyi Lagu ‘Sorry Sorry’ Dalam Bahasa Indonesia, Ramai Terhibur Lihat Aksi Mereka

Share

Terhibur kami melihat aksi Super Junior yang menyanyikan lagu Sorry Sorry dalam versi Indonesia. Video yang dimuat naik di YouTube ini menjadi viral apabila artis Kpop pujaan ramai ini menyahut cabaran untuk Try-lingual-live di YouTube channel hello82

.

Kumpulan popular Kpop ini menyampaikan tiga buah lagu yang turut dinyanyikan dalam bahasa Indonesia, iaitu Sorry Sorry, Mr. Simple dan 2YA2YAO!

Ramai meninggalkan komen dengan memuji serta berkongsi rasa lucu melihat telatah 5 jejaka Korea ini.

Bagi sesiapa yang tengah stres tu, korang wajib tonton video ni. Mesti terhibur sepanjang hari. Hiks!

IKLAN