Sunway Pyramid Perkenal Sistem Tandas Pintar Pertama Di Malaysia

Share

Pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor telah pun mengumumkan kerjasamanya dengan RIGEL IoT dalam merintis sistem internet tandas berpusat yang PERTAMA di Malaysia.

Penggunaan teknologi ini justeru menjadikan Sunway Pyramid sebagai pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem tandas berhubung pintar.

Foto: iProperty

Apa yang istimewanya tentang tandas pintar ini?

Memandangkan Sunway Pyramid ingin menyediakan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada pengunjungnya, tandas pintar ini bakal menambah baik pengalaman pelanggan sewaktu sakan membeli-belah dan berlibur.

Pelbagai sensor ada di dalam tandas ini. Contohnya, ia dapat mengesan kuantiti sabun, tisu tandas, kain lap tangan, injap tandas dan tandas boleh memberikan amaran sekiranya terdapat sebarang masalah dikesan.

Oleh itu, proses membaiki kerosakan dapat dilakukan dengan lebih efisien sebelum mendatangkan ketidakselesaan kepada pelanggan.

Foto: amanz
Sumber: Sunway Pyramid

Terdapat juga sensor amonia yang dipasang pada tandas bagi mengelakkan bau hancing. Wah, teknologi ini yang paling kami suka. Hiks!

Sebelum ini, Sunway Pyramid telah menjadi pusat membeli-belah pertama yang memperkenalkan Sunway Smart Parking iaitu sistem parkir pintar terawal di Malaysia. Ia kemudian telah mula diikuti oleh pengelola parkir di lokasi serta bangunan lain dalam negara.

Haa, ada sesiapa di antara korang yang sudahpun merasai pengalaman tandas pintar di Sunway Pyramid ini?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN