Sudah Available! Koleksi Uniqlo Billie Elish x Takashi Murakami Masuk Stor Hari Ini

Share

 

Pada September tahun lalu, ramai peminat penyanyi pop remaja, Billie Eilish yang kecewa apabila gagal untuk mendapatkan barangan merchandise yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat jenama pakaian.

Maklumlah, penangan Billie terlalu hebat sehinggakan ramai yang berebut untuk mendapatkan apa sahaja pakaian yang tertera dengan namanya.

Remaja ada berita baik untuk korang apabila pada hari ini, Uniqlo telahpun melancarkan koleksi baru hasil kolaborasi Billie Eilish bersama Takashi Murakami.

Koleksi Uniqlo T (UT) ini sebenarnya telahpun boleh didapati secara online bermula 25 Mei lalu. Namun, hanya pada hari ini, ia mula dijual di stor Uniqlo di seluruh negara.

Bagi korang yang meminati Billie dan Murakami, pasti korang tahu estetik kedua-dua individu kreative ini yang selalu tampil berbeza daripada orang lain.

Antara elemen menarik yang ditampilkan untuk koleksi UT ini adalah kombinasi simbol Billie iaitu Blohsh dan elemen bunga ikonik Murakami.

Ada juga baju T boxy cut yang menampilkan kolaj foto Billie, sketch yang diambil daripada video muziknya dan logo Billie Eilish.

Cer tengok beberapa rekaan yang pastinya ingin korang miliki.

Baju T saiz kanak-kanak. RM39.90
Baju T saiz kanak-kanak. RM39.90
Baju T perempuan. RM59.90
Baju T perempuan. RM59.90

Baju T lelaki. RM59.90

Baju T lelaki. RM59.90
Cap / Bucket hat. RM79.90

*

Selain baju T, terdapat juga bucket hat and we are obsessed with it!

Jangan lupa untuk cepat-cepat rebut koleksi ini di stor. Jangan sampai melepas kerana sold out seperti koleksi-koleksi sebelum ini. Hehe..

NEXT READ : Malaysia Sekali Lagi Dipinggirkan Daripada Konsert Jelajah Billie Eilish

IKLAN