Subway Buat Promosi Beli Satu Percuma Satu Sandwich & Minuman, Esok. Jom Serbu!

Share

Kalau bab promosi makanan, jangan cakap korang, kami pun selalu terpengaruh dan rasa seronok bila melihat jenama restoran favorite memberikan diskaun atau apa-apa promosi tentang produk makanan mereka.

Nah, esok korang boleh serbu ke restoran Subway kerana sempena ‘Hari Sandwich Sedunia’ yang disambut setiap 3 November, mereka bakal mengadakan promosi beli satu percuma satu untuk pembelian kombo roti 6” dan minuman 22oz pada 31 Oktober 2019.

Korang boleh memilih sandwich mengikut cita rasa sendiri. Diingatkan, promosi ini hanya berlansung satu hari saja, iaitu sehingga jam 9 malam esok.

Syok kan? Esok waktu lunch dah tahu la nak makan apa. Hiks!

IKLAN