Stresnya Sakit Gigi, Ini Ubat Paling Berkesan Yang Korang Boleh Cari

Share

Sesiapa yang pernah melalui pengalaman sakit gigi pastinya memahami betapa ‘sengsara’nya sehinggakan nak tidur malam pun tak boleh.

Punca sakit gigi adalah disebabkan apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam dimana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang.

Ada beberapa sebab utama radang pulpa yang menjadi punca sakit gigi dan antaranya dalah seperti karies gigi, gigi retak (cracked tooth), tampalan lama telah longgar, pecah atau tercabut, gigi mengecut (receding gum), nak tumbuh gigi (contohnya gigi bongsu) dan sinusitis atau resdung.

Sekiranya korang mempunyai gejala tersebut dan merasa sakit gigi, segeralah berjumpa dengan doktor. Namun begitu, kalau memang dah tak tahan sementara nak ke klinik tu, korang boleh cuba menggunakan ubat sakit gigi seperti yang dikongsi oleh Lilies Suraya

ini.

Bercerita tentang pengalamannya di laman Facebook, Lili berkongsi ubat sakit gigi ini boleh digunakan untuk melegakan sakit dengan hanya mencalit ubat tersebut di tempat yang bengkak. Kesannya, sakit semakin berkurang dan bengkak pun makin surut.

Jadi, bagi sesiapa yang mengalami sakit gigi rasanya bolehlah cub acari ubat sakit gigi ini. Mana tahu mujarab untuk korang juga kan?

Sumber: Lilies Suraya

IKLAN