Steve Aoki x BTS, Kolaborasi Terbaru Lagu Bahasa Inggeris, ‘Waste It On Me’!

Share

Another day, another K-pop megastar making history. Well, kali ini ia bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana BTS kini sudah menjadi nama global yang cukup besar. Malah ada sesetengah pengamal media Barat dengan terbuka mengatakan BTS adalah boyband paling popular di dunia sekarang.

Dan terbaru, artis dan penerbit berpengaruh iaitu Steve Aoki telah mengumumkan sebuah lagi kolaborasi terbarunya bersama BTS. Menerusi tweet yang dimuat naik semalam secara tiba-tiba, Steve Aoki mengumumkan sebuah lagu berjudul ‘Waste It On Me’ akan dikeluarkan pada hari ini, 25 Oktober 2018!

Pengumuman eksklusif daripada Steve Aoki!

Ini merupakan kolaborasi Steve Aoki dan BTS yang ketiga selepas melihat kejayaan besar menerusi ‘Mic Drop’ dan ‘Truth Untold’. Berdasarkan preview yang dikongsi oleh Steve Aoki menerusi Twitter. lagu ‘Waste It On Me’ berkemungkinan besar membawa ambien lagu EDM.

BACA: BTS Cipta Sejarah Jadi Grup K-pop Pertama Berucap Di PBB

Sedutan lirik nyanyian juga kedengaran dalam Bahasa Inggeris. Dan ramai percaya bahawa lagu ini bakal menjadi lagu pertama BTS dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Berikutan pengumumam ini juga, sebuah papan iklan atau billboard di Los Angeles telah muncul memaparkan teaser projek kolaborasi ini dengan konseo seninya.

Selain itu, Steve Aoki juga mengesahkan bahawa lagu ini bakal disertakan di dalam album terbarunya nanti yang bertajuk ‘Neon Future III’ yang dijangka dikeluarkan pada 9 November 2018. Sehubungan dengan penguman ini satu tanda pagar #WasteItOnMe

mula tular di laman media sosial Twitter.

Jadi ARMY sekalian, adakah korang excited untuk mendengar lagu ini yang dijangka dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris?

IKLAN