“Steady Lah YB”, Politik Negara Tengah ‘Panas’ Ahmad Maslan Sempat Kongsi Resepi Roti Goreng!

Share

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan isu politik apabila Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara hari ini, selain mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (BERSATU).

Tengah kita sibuk dengan isu panas politik Malaysia, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan pula sempat berkongsikan resepi terkininya di laman Twitter.

Memang rileks!

Tapi sebelum ini juga, DS Ahmad Maslan yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) rajin berkongsikan resepi-resepi menarik menerusi laman Twitter rasmi miliknya.

Kali ini, DS Ahmad Maslan sempat berkongsikan resepi yang dinamakan ‘Roti Wholemeal Gardenia Goreng’ ini sesuai dimakan untuk sarapan dan juga pada hari petang.

Hanya menggunakan bahan-bahan mudah, di bawah adalah perkongsian penuh dari DS Ahmad Maslan:

Sarapan simple sedia sendiri.

Roti wholemeal Gardenia goreng dengan telur campur sos cili (french toast?).

Tumis ikan bilis mata biru Kimanis, udang kering, bawang merah, bawang putih, lada merah, sikit garam, sikit minyak sawit.

Dimakan bersama air kosong panas atau sejuk. Ok jugak.

Ternyata posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi yang mana rata-rata terhibur dengan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu

Ada yang memuji ketenangan beliau di kala topik politik sedang hangat diperbualkan, ada juga yang meminta beliau membuat buku resepinya sendiri.

Berikut adalah antara komen menarik dari warganet

Bukan semua orang dikurniakan sifat tenang ini, so korang semua jom kitea rileks sambil try resepi yang dikongsikan oleh DS Ahmad Maslan ni. Nampak menarik!

Sumber : Twitter Ahmad Maslan 

IKLAN