Bagi yang bercadang untuk bercuti dan melawat Zoo Melaka, sila tangguhkan dahulu lawatan korang.
Hal ini disebabkan Zoo Melaka ditutup selama lima hari bermula hari ini ekoran seorang daripada penjaga haiwan di destinasi ikon pelancongan negeri itu dikesan positif COVID-19.
Ads
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Zoo Melaka termasuk kemudahan di dalamnya antaranya kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem, dapat dilakukan secara menyeluruh selama tiga hari bermula esok.
“Setakat ini hanya seorang kakitangan Zoo Melaka didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga tapi kita terpaksa menutup sementara zoo ini sebagai langkah awal untuk mengekang penularan COVID-19 sekali gus mengelak berlaku kluster baharu memandangkan kes positif COVID-19 di Melaka juga semakin meningkat.
Ads
Shadan berkata selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pembersihan kawasan zoo tersebut juga akan dijalankan sepanjang penutupan sementara itu sebagai persediaan menghadapi cuti sekolah yang akan bermula pada 26 Februari hingga 20 Mac ini. Beliau berkata jumlah pengunjung ke Zoo Melaka dijangka terus meningkat sepanjang sesi cuti persekolahan.
Ads
Sejak kebelakangan ini, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara kita kembali meningkat, jadi pastikan korang sentiasa menjaga aspek prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Walau berbeza usia namun sudah tertulis jodoh antara kedua insan ini.
Di Indonesia, viral kisah seorang datuk dikenali sebagai Abah Sarna berusia 71 tahun dari Kelurahan Majasari, Mukim Pagaden, Subang, Jawa Barat menikah dengan gadis, Noni berusia 18 tahun berasal dari Bunut Pangsor, Mukim Pagaden, Daerah Subang, Jawa Barat.
Perbezaan usia antara keduanya adalah 53 tahun.
Pernikahan keduanya mulai viral selepas dimuat turun di akaun facebook Ririn Priyanti
“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI,” (kalian kalah dengan lelaki tua, bujang jangan cemburu) tulis Ririn Priyanti
Sama seperti pasangan pengantin lain, ada majlis persandingan antara kedua mempelai ini. Mereka mengenakan gaun dan persalinan pernikahan berwarna putih dan pink. Malah menukar baju sehingga dua kali dengan warna berbeza.
Keduanya nampak begitu mesra dan langsung tidak kekok di hadapan orang ramai. Malah Noni tersenyum sipu saat dicium suaminya di hadapan orang ramai ketika majlis persandingan mereka.
Honda PCX Jadi Hadiah Hantaran Mewah
Sama seperti pasangan pengantin lain, hadiah hantaran antara yang menjadi tumpuan.
Uniknya Noni dihadiahkan sebuah motosikal Honda PCX 150 (carian mendapati di Malaysia ia dijual RM11,844) selain barang keperluan rumah seperti tilam, almari dan kelengkapan rumah tangga yang lain). Dan kesemua barang hantaran itu dibawa dengan dua buah kenderaan yang mengiringi semasa majlis pernikahan mereka.
Wow, memang berada atuk nie!
Masa yang sama, Abah Sarna turut menyerahkan mas kahwin 11 gram emas selain wang Rp10juta rupiah (kira-kira RM3000)
Apa pun, semoga keduanya berbahagia hingga ke akhir hayat. Jadi jangan risau kalau jodoh korang bukan rakan sebaya atau lebih muda kerana Allah sudah menentukan jodoh kita sejak di luh mahfuz lagi.Sumber : Tribunnews
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya ramai ingin berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan demi berkongsi detik manis menyambut bulan istimewa ini.
Lebih menarik lagi apabila dapat menikmati hidangan iftar bersama-sama, lebih menyelerakan!
Sempena menyambut bulan mulia Ramadan dan Syawal pada tahun ini, Pavilion Bukit Jalil telah mempersiapkan pelbagai agenda menarik untuk memeriahkan lagi musim perayaan kali ini.
Iftar bersama tersayang
Bagi memanfaatkan sepenuhnya momen berbuka puasa, bawalah keluarga nikmati hidangan klasik Malaysia ikonik.
Antara restoran yang REMAJA sarankan di Pavilion Bukit Jalil termasuklah:
Grandmama’s: Menampilkan set Nasi Dulang Bukhari yang diserikan dengan pilihan unik antaranya set daging kambing yang direneh, set ayam panggang kunyit, set makanan laut berempah dan set daging lembu yang direneh. Dengan suasana dekorasi kontemporari dan mempunyai persekitaran mesra keluarga, restoran ini merupakan lokasi sepadan untuk berbuka puasa.
D’Laksa: Popular dengan menu signature asam laksa, asam bebola udang kara dan kesukaan rakyat Malaysia, rojak buah.
Seniman: Bagi yang mencari ‘selera kampung’, anda boleh lawati Seniman dan mencuba set nasi dulang di sini, sesuai untuk hidangan makan kongsi.
Two Cents Hot Wings:Menghidangkan kepak ayam pelbagai rasa termasuklah perisa golden teriyaki sehingga ghost pepper. Kepak ayam ini cocok bagi mereka yang mencari hidangan segera atau menyahut cabaran bersama kawan dan famili pada bulan puasa ini.
Mee Hiris China Muslim:Terkenal dengan mi hirisan tangan dengan teknik tradisional, masakan halal yang popular di China Utara terus ke meja hidangan seisi keluarga.
Simple Life!: Khas untuk yangingin merasai sajian alternatif seperti santapan vegetarian.
Pencuci mulut, jangan dilupa
Pavilion Bukit Jalil juga menawarkan pelbagai kedai dan restoran pencuci mulut seperti Rollney, Yogurt Cow, Kwong Wah Ice Kacang, Bo The Avocado dan Perfect Ice, jangan lupa mendapatkan juadah berbuka puasa di The Food Merchant. Akhiri dengan sedikit snek makanan ringan dan rangup daripada myEureka Snack!
‘MERIAH RAYA’ bersama Nickelodeon Garfield musim perayaan ini
Tidak hanya itu, kemeriahan musim Syawal ini ditambah dengan kerjasama antara Pavilion Bukit Jalil dan Nickelodeon Garfield.
Bermula 25 Mac sehingga 25 April 2023, pengunjung di sini akan diceriakan dengan kehadiran kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular – Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun pada tahun ini.
Para pengunjung disambut dengan kemeriahan dekorasi raya, pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, pembelian raya dan santapan menyelerakan yang tersedia melebihi 400 buah kedai serta penebusan cenderamata perayaan edisi terhad dan eksklusif.
Diceriakan dengan dekorasi raya yang girang dan berwarna-warni, para pengunjung dijemput untuk merakam momen raya mereka di Centre Court, aras 2 Pavilion Bukit Jalil dan bertemu kucing kegemaran global dan ikonik dalam dunia hiburan, Garfield.
Menangi 5 Hadiah Eksklusif : Iftar Di Pavilion Bukit Jalil
Berita baik buat pembaca Remaja, kami ingin memberikan hadiah istimewa daripada Pavilion Bukit Jalil dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah:
5 pemenang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik berupa:
Dua baucar bernilai RM50 di Restoran Madam Kwan’s, Pavilion Bukit Jalil.
10 lagi pemenang akan membawa pulang hadiah berikut menerusi sesi Live Instagram Majalah Remaja
1x beg ‘tote’ Garfield, 1x baucar RM50 Madam Kwan’s, 1x Raya Leaflet, 2x sampul Raya, 2x pek Milo dan 2x botol air Garfield.
Ikuti LINK ini untuk lebih banyak info dan jawapan tentang peraduan iftar antara Remaja dan Pavilion Bukit Jalil ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baca headline di atas pun sudah boleh buat darah kita mendidih. Apatah lagi kita masih lagi berada di bulan Syawal, bulan yang meraikan kemenangan dan penuh kemaafan.
Tatkala kita masih lagi meraikan Aidilfitri lain pula yang dihadapi oleh seorang ibu di Bandar Jengka apabila dia ditumbuk dan ditendang oleh anaknya sendiri.
Anaknya yang berusia 19 tahun dikenali dengan nama Nazrul Azwan Nazri dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika ibunya, Normah Mehhad, 56, berada di tempat kerjanya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 jun yang lalu pada jam kira-kira 1 tengahari.
Apa yang menyebabkan dia melakukan sebegitu rupa terhadap ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan membesarkannya dengan kasih sayang?
Menurut laporan kes, si anak telah datang menemui ibunya untuk meminta wang. Dan apabila kehendaknya tidak dapat turuti oleh ibunya, dia telah bertindak menumbuk mata kiri dan menendang dada ibunya.
Akibat perbuatan tersebut Puan Normah telah mengalami bengkak mata kiri dan sakit di bahagian dada. Satu laporan polis telah dibuat dan pendakwaan kemudian dikendalikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih dari RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Selepas selesai pendakwaan dan meneliti bukti kes, Majistret Noor Syafiqah Noordin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan di atas kesalahannya.
Dia dikatakan telah mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya. Dalam penghakimannya, Noor Syafiqah menegaskan walaupun Nazrul Azwan masih muda namun selepas mendapati ibunya berdepan fobia dan ketakutan hukuman perlu dijatuhkan dengan setimpal.
Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan kenyataan mangsa iaitu daripada ibunya.
Dan di mahkamah yang sama, Nazrul Azwan juga berdepan tuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kira semua.