Staf Positif Covid-19, Kedai Di MidValley Megamall dan The Gardens Pula Ditutup.

Share

Lembah Kelang mencatat peningkatan kes positif Covid-19 yang cukup membimbangkan. Kini dalam kes terbaru spesifik di kawasan yang selalu dikunjungi ramai, pusat membeli belah Mid Valley dan The Garden telah disahkan ada kes positif selepas pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut mengumumkan bahawa staf disalah sebuah butik telah disahkan positif virus yang telah meragut banyak nyawa itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, staf yang didapati positif Covid-19 itu merupakan pekerja di syarikat London Sales Cosmetics Sdn Bhd yang mengendalikan operasi butik Origani dan Elevatione Time Stops di kedua-dua pusat membeli belah terbabit.

Sumber gambar: Butik Origani via myorigani.com
Sumber gambar: Butik Elevatione via thegardensmall.com.my

Staf terbabit memberitahu kepada pihak pengurusan pada 9 Oktober 2020 yang ada ahli keluarganya telah terdedah kepada virus tersebut. Dia dengan segera mengasingkan dirinya dengan kuarantin kendiri dan setelah pemeriksaan dilakukan, dia telah disahkan positif pada 10 Oktober 2020.

Dalam kenyataan itu lagi, staf terbabit tidak menunjukkan sebarang simptom. Seiring dengan pengesahan kes itu, Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan pengesanan kontak telah dilakukan.

***P/S – Buat masa sekarang elakkan kunjungi lokasi yang sesak. Ini bukan sahaja untuk melindungi diri tetapi melindungi ahli keluarga kita yang lain juga.

Sumber: Instagram The Gardens Mall

IKLAN