Dek kontroversi yang dicetuskan salah seorang anggota kumpulan gadis dari Sabah, SMDX baru-baru ini yang mendakwa tidak mengenali kumpulan Dolla, penyanyi Stacy yang juga berasal dari Sabah tampil memberikan sedikit nasihat kepada SMDX yang masih dalam fasa membina nama sebagai pendatang baharu.
“Kata kami mencabar Dolla? Siapa Dolla? Saya tak kenal. Mungkin Crystal dan Devey kenal,” – anggota SMDX, Elle Thong.
Stacy, 34 yang mula dikenali menerusi program realiti nyanyi, Akademi Fantasia musim keenam (2009) berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari oleh ahli kumpulan itu terutamanya dalam perihal adab ketika bertutur dan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh media serta peminat.
“Janganlah. Macam mana sekalipun, pekerjaan dan profesion kita ini pada saya sendiri, ada kelasnya.
“Takkan nak glamor saja, dik? Tak boleh kamu macam itu. Kamu kena pergi dengan cara yang betul (dengan menunjukkan) bakat kamu dulu,” katanya kepada REMAJA di malam konsert ketiga The Hardest Singing Show.
Ads
Tambah pemilik nama penuh Ummu Shaikhah Stacy Anam ini lagi, untuk bertahan selamanya dalam industri seni hiburan bukanlah satu kerja yang mudah. Adab perlu dijadikan keutamaan agar orang di sekeliling serta peminat menghormati insan bergelar selebriti.
Apabila terjadinya kontroversi tidak diingini disebabkan kelancangan mulut seorang anggota SMDX iaitu Elle Thong, ia secara tidak langsung menggugat pandangan masyarakat terhadap dua lagi anggota lain yang tidak terlibat iaitu Crystal Vanessa John (Crystal), 23 dan Deveygrayc Justin (Devey), 24.
Ads
“Ini mulut, diam. Saya tahu mulut kamu laser. Mulut saya pun laser tapi kena diam.
“Kamu ingin masuk ke dalam industri ini, kamu perlu persiapkan diri dan berhati-hati. Dengarlah cakap saya,” nasihat Stacy.
Ads
Susulan tular klip video berkenaan, Elle Thong telah membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengakui kesilapannya. Penyanyi berusia 22 tahun itu juga mengambil pengalaman itu sebagai titik pengajaran untuk terus memperbaiki diri.
Begitupun, segelintir warganet masih tidak dapat menerima perilakunya yang dianggap angkuh walaupun baru bertapak sebagai pendatang baharu industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada lebih kurang tiga bulan lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Bila tiba hari raya, terdapat beberapa perkara yang ramai excited nak buat, maklumlah setahun sekali kan.
Dah dapat peluang ni apa lagi, raya sakan la kan?
Ini beberapa perkara yang kami senaraikan
1. Baju raya
Belum pun masuk bulan Ramadan, ramai yang dah terfikir nak buat baju raya apa tahun ni. Jika nak hantar ke tailor, memang korang perlu dua atau tiga bulan lebih awal. Kalau tidak, simpan je la angan-angan tu nak berbaju baru sebab bila tempahan dan banyak, ramai tailor yang tak ambil upah jahitan lagi.
2. Mercun
Nak kata wajib, tak juga. Tapi bila masuk je hari pertama bulan Ramadan nanti, kami confirm korang akan dengar bunyi mercun di mana-mana. Bukan budak-budak je yang excited, bapak budak pun sama-sama join bakar mercun. Hiks!
3. Kemas rumah
Time ni la nak cat rumah, lap tingkap yang dah bersawang dan buang barangan lama yang tak digunakan lagi. Hm, raya setahun sekali, kemas rumah pun setahun sekali juga ke sis? Hehe..
4. Kuih raya
Tak cukup satu atau dua, paling-paling kena sediakan lima jenis kuih raya untuk menjamu tetamu yang datang nanti. Kalau di ofis tu, mesti ada saja yang akan bagi sampel kuih raya. Baru la rasa feel nak raya tu kan?
5. Balik kampung
Punyalah excited nak balik kampung sebab nak jumpa saudara-mara dan beramah mesra bersama keluarga. Selain tu, raya di kampung pun feelnya lain sikit. Lebih nostalgia gituhhh..
6. Tukar perabot rumah
Bab ni biasanya orang-orang perempuan je yang faham. Setiap tahun kalau boleh nak tukar semua kelengkapan rumah dengan perabot baru. Sesuai la sangat dengan Koleksi Deko Marseille dari Avon sempena hari raya ini.
Koleksi ini menyediakan rangkaian mewah langsir, set pinggan mangkuk dan cadar serta perhiasan rumah yang mengambil inspirasi dari Kota Marseille.
Kerlasss la rumah korang raya nanti kalau dipenuhi dengan perhiasan Koleksi Marseille ni. Ala-ala raya di overseas gituu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada awalnya apabila PlayStation Productions dilancarkan, ramai perminat tertanya-tanya permainan video apakah yang bakal diadaptasi ke layar skrin besar. Uncharted? Twisted Metals? Semuanya masih menjadi tanda tanya, sehinggalah trailer filem Gran Turismo ditayangkan.
Gran Turismo ialah sebuah filem biografi drama sukan yang diarahkan oleh Neill Blomkamp daripada lakon layar oleh Jason Hall dan Zach Baylin.
Dihasilkan oleh Columbia Pictures, PlayStation Productions, 2.0 Entertainment dan Trigger Street Productions, kedua-duanya berdasarkan siri permainan video simulasi perlumbaan dengan nama yang sama, dan berdasarkan kisah sebenar Jann Mardenborough, pemain remaja Gran Turismo yang membuktikan kebolehannya untuk menjadi pemandu kereta lumba profesional.
Filem ini dibintangi oleh Archie Madekwe sebagai Mardenborough bersama David Harbour, Orlando Bloom, Darren Barnet, Geri Halliwell Horner, dan Djimon Hounsou.
Min yang berkesempatan menyaksikan filem ini semalam, secara jujur tidak mempunyai sebarang ekspetasi tinggi terhadap filem ini. Yelah main game Gran Turismo pun tak pernah sebelum ni…haiyoooo!
Namun, filem ini berjaya memberikan penonton merasai sendiri pengalaman berada di belakang stereng kereta pecut itu menerusi layar skrin dari babak awal lagi.
Rentak emosi antara wataknya juga berjaya disampaikan sebaiknya terutama di adegan perlumbaan yang mendebarkan. Gabungan reka bentuk bunyi yang cemerlang dan beberapa babak sinematografi yang menakjubkan secara tidak langsung menangkap perhatian penonton sepenuhnya.
Filem ini juga menjalankan tugas yang baik dalam mempamerkan adegan perlumbaan yang bahaya dan cukup menegangkan. Sampai senyap sunyi satu pawagam sebab terlalu fokus!
Bagi mereka yang memang peminat fanatik permainan video ini atau seorang yang meminati dunia litar, filem ini wajib ditonton oleh anda! Saksikannya di pawagam berdekatan 24 Ogos ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau nak diikutkan, SEMUA orang di dunia ini pasti memiliki sekurang-kurang sepasang seluar jeans.
Jeans adalah antara item fesyen paling asas dan tidak memerlukan seseorang untuk menjadi fesyenista untuk menggayakannya. Jeans juga adalah antara pakaian yang mudah untuk ‘masuk’ dengan apa-apa jenis pakaian lain seperti baju-T, blaus, sneakers, kasut tumit tinggi dan pelbagai lagi.
Kempen terbaru MONKI Spring Summer 2019
Tapi korang tau tak, walaupun jeans itu basic namun ia tetap terbahagi kepada beberapa jenis stail. Dan setiap stail itu pula mempunyai maksud berkaitan dengan personaliti masing-masing.
Cer tengok, sama ada personaliti korang sama tak dengan lifestyle harian?
Foto: MONKI Spring Summer 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!