Spekulasi Bertebaran, Mufti Wilayah Ajak Kita Doakan Yang Terbaik Demi Negara

Share

 

Suasana politik Malaysia pada malam ini terasa sehangat malam kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada tahun 2018.

 

Terlalu banyak spekulasi yang mengundang persoalan akan kedudukan parti pemerintahan negara buat masa ini. Dan terlalu banyak pandangan telah diberikan baik daripada pihak pemerintah ataupun warganet di media sosial.

Sebuah posting yang menarik perhatian REMAJA, bagaimanapun adalah yang tertera di akaun Facebook Mufti Wilayah.

Foto yang dimuat naik menunjukkan tulisan tangan Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengandungi ayat doa buat semua rakyat Malaysia.

Beliau mengajak semua agar mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat walaupun kita mungkin berdepan dengan apa saja kemungkinan.

”Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.

”Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara (dan) kukuhkanlah perpaduan kami,” catit beliau.

Ternyata, terlalu banyak sumber berita yang sedang menerpa media massa dan media sosial sejak petang tadi.

Namun, kita dinasihatkan untuk menanti pengesahan yang sahih daripada media massa utama dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

IKLAN