“Sorry Parasite Lagi Best”- Didakwa Plagiat Karya Filem Tamil, K-Lover Tampil Pertahankan ‘Parasite’

Share

Parasite membawa pulang anugerah Best Picture (Filem Terbaik) sekaligus menjadi filem bahasa asing pertama yang memenanginya dalam sejarah 92 tahun penganjuran Oscars.

Selain daripada ketegori tersebut, Parasite juga mencipta kemenangan dalam kategori Pengarah Terbaik (Boon Joon Ho), Filem Antarabangsa Terbaik (dahulunya dikenali sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik) dan Skrip Original Terbaik.

Parasite turut dicalonkan untuk Rekaan Produksi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Wah hebatkan!

Namun, filem yang memang besar di Oscars baru-baru ini telah terpalit dengan satu kontroversi berkaitan plagiat karya.

Menurut media Times of India, penerbit filem Tamil, PL Thenappan mengumumkan akan menyaman penerbit filem Parasite kerana dikatakan telah ‘mencuri’ idea daripada filem beliau, Minsara Kanna.

Thenappan yang akan memfailkan kes dengan bantuan seorang peguam antarabangsa mendakwa Parasite telah mengambil plot daripada filemnya yang diterbitkan pada tahun 1999 dan dibarisi oleh pelakon Tamil popular, Vijay.

Manakala pengarah Minsara Kanna, S. Ravikumar memberikan respon berbeza dengan Thenappan kerana menganggap kontroversi berkenaan membawa perhatian umum untuk menonton filemnya dan tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan.

Filem Minsara Kanna secara amnya mengisahkan mengenai Kaasi yang memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu dan membawa ahli keluarganya seorang demi seorang untuk bekerja di rumah berkenaan dengan motif tersembunyi.

Respon K-Lover

Bagaimanapun, kontroversi ini mendapat perhatian netizen seluruh dunia, terutamanya peminat K-lover. Rata-rata memberikan pendapat yang sama iaitu tidak bersetuju dengan pengarah filem Tamil, Minsara Kanna dan mempertahankan filem Parasite. Penulis sempat memuat naik beberapa komen!

 

Tapi ada beberapa penguna media sosial yang menerangkan perbezaan Parasite dan Minsara Kanna.

Korang dah tengok belum dua filem ni, sama tak? Tapi apa ada hal bukan pertama kali kes-kes macam ni berlaku….hiks

Sumber :  Times Of IndiaAstro Awani

IKLAN