Sorok Komen Negatif Di Socmed, Tiada Lagi Pembuli Cyber Dengan Fungsi Baru Instagram Ni!

Share

Zaman internet dihujung jari ni memang banyak keyboard warrior. Tak kena di mata dan hati mereka je mula la penguna-penguna instagram ni mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh dikira sebagai menghina dan memfitnah pengguna lain. Tak patut betul kan!

Tapi lepas ni korang yang selalu kena kecam tu boleh tarik nafas lega kalau up gambar dekat instagram, sebabnya tak perlu gaduh-gaduh atau sibuk nak balas segala komen. Sebabnya Instagram memperkenalkan fungsi Restrict.

Tak suka  komen yang ditinggalkan just guna fungsi restrict ni je.Tapi macam mana nak menggunakan fungsi ni?

Ni hah, pengguna boleh mengakses fungsi ini melalui tiga cara muda sahaja, iaitu:

  • Pergi ke bahagian kiri komen pilihan dan tekan pada tanda seruan di tepi komen untuk masukkan akaun tersebut ke dalam senarai restrict.
  • Pergi ke akaun si peninggal komen dan klik pada butang tiga titik bucu atas dan pilihan restrict dapat dilihat.
  • Pergi ke bahagian tetapan privasi akaun dan pilih Restricted Account. Yang menariknya fungsi ketiga ini, pemilik akaun yang ‘terpilih’ tersebut tidak akan mengetahui bahawa komen mereka telah disorokkan dan akan terus meninggalkan komen tanpa mengetahui perbuatan mereka adalah sia-sia.

 

Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini. So penulis harap fungsi terbaru dari instagram ini dapat la mengurangkan kes buli cyber ni kan.

Sumber : Instagram

 

IKLAN