“Solekan Ala-Ala Syaitan”, Pencetus Ummah Ini Anggap Lathi Challenge Haram!

Share

Setiap bulan, ada saja perkara yang bertukar viral. Bulan ini, semua orang bercakap mengenai #LathiChallenge.

So guys, baru-baru hangat diperkatakan tentang Lathi Challenge yang memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.

Selepas ramai netizen memuat naik imej atau video mereka melakukan #LathiChallenge di media sosial, timbul pula persoalan bahawa solekan ini ada unsur-unsur pemujaan dan haram buat orang Islam?

Baru-baru ini PU Syed menerusi laman Instagramnya, menjelaskan cabaran yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam, adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.

“Kecoh apabila ambe (saya) nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.

“’Barang siapa yang merintis satu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya.

“Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya. ( HR Imam Muslim),” tulisnya.

PU Syed juga menegaskan, cabaran itu jelas memaparkan solekan ala-ala syaitan yang tidak perlu diikuti. Jelasnya, hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi nas.

“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?

“Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.

“Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ia diasas oleh orang Indonesia dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak,” tegasnya.

So korang nak lagi ke buat Lathi Challange ni, Iktibarnya, jangan suka sangat nak ikut semua challange yang ada okay.

Sumber : Instagram PU Syed

IKLAN