
Semalam, calon SPM 2020 telah menduduki peperiksaan subjek Sejarah namun ada yang mendakwa bahawa soalan bagi subjek itu telah bocor melibatkan topik Kertas 2.
Menurut laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan pada jam 10 pagi (24 Februari).
Antara topik yang tersebar adalah berkaitan dengan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.

Subjek Sejarah adalah salah satu kertas wajib untuk peperiksaan SPM dan diambil lebih daripada 401,000 calon pada SPM 2020. Namun, khabarnya dakwaan ini belum menerima maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walau bagaimanapun, netizen mengharapkan agar peperiksaan subjek ini tidak perlu diambil semula kerana ia hanya akan membebankan para pelajar.





Semoga kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan baik.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inisiatif Bantu Pelajar IPT. KPT Umum Pakej Pelan Data Dan Diskaun Peranti Kepada Golongan B40

Jangan terlepas peluang guys!
Rasanya hampir semua universiti awam dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam talian atau e-Learning seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang sedang kita alami sekarang akibat pandemik COVID-19.

Namun, mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para mahasiswa sewaktu belajar di alam maya terutamanya kekangan peranti dan kos data yang perlu ditanggung.
Ada berita baik untuk pelajar IPT, baru sebentar tadi melalui laman Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial memaklumkan inisiatif ini.
[KENYATAAN MEDIA]
Bantuan Pelan Data dan Peranti kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pic.twitter.com/ETsH964vlF
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) January 26, 2021
Menerusi kenyataan media KPT hari ini, inisiatif KPT juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut.

Bukan itu sahaja, KPT juga telah mengadakan perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah SKim BSN MyRinggit-COMSIS bagi mempembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

Komitednya KPT bagi untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada. So korang jangan yang terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan-bantuan ini okay!
Sumber : Twitter Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi @MOHEOfficial
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gambar PM New Zealand Di Burj Khalifah, UAE Beri Sokongan Ketika Beliau Terima Ugutan Bunuh

Dalam perkembangan terbaru selepas seminggu New Zealand berkabung untuk menghormati mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, sebuah portal di negara itu melaporkan satu ugutan bunuh telah diterima oleh Perdana Menterinya di media sosial.

Portal bernama NEWSHUB New Zealand itu berkata, ugutan terhadap Perdana Menteri, Jacinda Ardern itu disampaikan melalu sebuah akaun Twitter. Ia berbunyi, “You are next” (seterusnya, kamu) bersama gambar senjata dan imej Jacinda.
Satu lagi tweet pula menggabungkan imej Jacinda dengan polis. Kedua-dua tweet tersebut telah terpadam selepas Twitter menggantung akaun pemiliknya semalam.
Ugutan itu hadir selepas Jacinda bersikap tegas di dalam kesemua ucapan dan kenyataan media beliau. “Dia (pengganas) inginkan perhatian melalui perbuatannya, dia ingin profilnya dan motifnya dikenali dunia. Sebab itulah kamu tidak akan mendengar saya menyebut namanya,” kata beliau di parlimen New Zealand.

***
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan sokongan dan menzahirkan simpati kepada Jacinda atas kebijaksanaan dan usaha yang telah dilakukan beliau selepas 50 mangsa beragama Islam maut dan puluhan yang lain cedera.
Semalam juga, bangunan pencakar langit, Burj Khalifah dipancarkan dengan gambar Jacinda Ardern sebagai tanda sokongan terhadap usaha keamanan beliau. Ia juga mempunyai ucapan ‘salam’ di dalam tulisan Jawi dan perkataan ‘peace’ (keamanan) – sama seperti yang tertera di muka hadapan akhbar The Press New Zealand semalam.

Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum juga telah memuat naik tweet bangunan tersebut di akaun milik beliau.
“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand untuk sokongan ikhlas yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”
BACA: Ini Sebab Mengapa Kes Arwah Haziq Diumumkan Lambat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukar Dapat Pekerjaan, Remaja Ini Nekad Gantung Iklan Untuk Cari Kerja

Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Situasi ini turut dirasai oleh seorang pemuda berusia 24 tahun yang terpaksa tampil dengan idea ‘gila’ dengan memasang placards untuk mengiklankan dirinya bagi mendapatkan pekerjaan.
Lelaki yang dikenali sebagai Haider Malik itu merupakan graduan Ijazah kelas pertama dalam bidang perbankan dan kewangan dari Universiti Middlesex.

Sebelum ini, dia sudah menghadiri banyak temuduga menerusi aplikasi Zoom, namun dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat mempamerkan personalitinya secara menyeluruh.
Disebabkan masalah kesempitan wang, Haider kemudiannya ke Canary Wharf, sebuah lokasi tumpuan sektor kewangan dan membeli sekeping papan putih dari kedai alat tulis berhampiran dan menampal kod QR.
Melalui kod QR itu, orang ramai atau majikan boleh mengakses profil peribadi dan latar belakang pendidikannya di LinkedIn.

Haider sampai ke stesen itu sebelum pukul 7 pagi lagi dan pada pukul 9.30 pagi, dia telah menerima mesej yang memintanya datang ke temu duga untuk memegang jawatan sebagai Treasury Analyst di Canary Wharf Group.
Selepas sesi temu duga itu, Haider mendapati profil LinkedIn miliknya menjadi perhatian dan selama tiga hari berturut-turut telefon bimbit lelaki itu tidak berhenti berdering menerima tawaran.
Beberapa hari kemudian, Haider menerima panggilan untuk sesi kedua temu duga bersama Canary Wharf Group dan pada petang itu juga dia telah mendapat khabar baik apabila diterima bekerja di syarikat itu.
Dalam keadaan seperti sekarang sudah tentu ramai yang terdesak melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan usaha yang dilakukan ini, Haider telah berjaya mendapat perhatian banyak syarikat untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.
Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

