31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Memilih tema Sayangi Malaysiaku, ini kali ke 61 negara mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila.
Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut dua hari lagi, SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur terlebih dahulu menyambutnya demi menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah. Ia juga sempena Ulang Tahun ke 15 Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri yang menyambut jubli gangsanya.
Menurut Guru Besar SK Intan Baiduri Tuan Haji Ahmad Fuad Haji Ahmad, program sambutan bulan kemerdekaan ini bermatlamat melahirkan semangat patriotik dalam diri para pelajar.
Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Daud menurunkan “cop tangan” di dinding sekolah sempena ulang tahun ke 15 Sk Intan Baiduri.
Barisan guru dan PIBG sama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini
“Masa yang sama, ia menanam semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Program sebegini juga mampu memupuk nilai kesyukuran dan bangga terhadap negara, menghargai jasa dan tokoh-tokoh terdahulu dan murid-murid dapat hidup bersatu padu dengan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya,”katanya ketika ditemui.
Ads
Pada majlis penuh meriah itu, bermula dari murid-murid pra sekolah diikuti perbarisan tahap satu mengikut kelas, masing-masing segak dengan gaya kemerdekaan, berbaris dan membuat lintas langsung hormat kepada para guru, ibu bapa, warga emas PPR Intan Baiduri, anggota keselamatan seperti bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, polis dari Balai polis trafik Kuala Lumpur serta Jabatan Pertahanan Awam Sentul (JPAM), mantan pentadbir SK Intan Baiduri yang turut berada di tapak sekolah. Hadir sama adalah Guru Besar St Mary yang juga merupakan jiran sekolah berdekatan pada majlis penuh kemeriahan ini.
Perarakan masuk pelajar dalam Pertandingan Perbarisan Tahap 1 dan Pra Sekolah
Masing-masing ceria dalam tema pakaian yang berwarna warni
Ads
Pertandingan basikal berhias disertai murid tahap 2
Ada yang memilih tema bendera Malaysia untuk dijadikan baju, ada tema tradisional. Tidak kurang juga penuh semangat dan gaya tersendiri anak-anak kecil ini dididik dan dipupuk untuk menanam semangat patriotik dalam diri pelajar.
Selesai perbarisan, diadakan pula acara pertandingan basikal berhias. Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan nanyian koir, kelas paling patriotik serta tayangan filem patriotik kepada pelajar. Bukan itu saja, acara dipadatkan lagi dengan beberapa pertandingan lain seperti persembahan tarian tradisional, persembahan bercerita kemerdekaan, persembahan koir, persembahan sajak kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.
Ads
Majlis sambutan bulan kemerdekaan dan ulang tahun ke 15 SK Intan Baiduri diserikan dengan kehadiran persembahan pancaragam dari SMK St Mary serta “cop tangan” di dinding sekolah yang menjadi nilai untuk dikenang.
Persembahan pancaragam dari SMK Sy Mary
Barisan guru-guru dari Sk Intan Baiduri yang tampil dengan semangat patriotik
Di sebalik keriangan pelajar, iringan masuk kereta bomba, polis dan JPAM dengan lintas langsung memberikan keceriaan berganda untuk pelajar. Lebih menarik, pelajar diberi kesempatan menaiki kereta bomba, polis dan JPAM demi memupuk minat mereka dalam dunia pekerjaan apabila dewasa kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang mesti ada pengalaman ‘gurauan kasar’ di sekolah bersama rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.
Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.
Tapi korang sedar tak gurauan ini sebenarnya berbahaya?
Malang tidak berbau, hanya niat untuk bergurau seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu guarauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.
Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.
Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.
Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.
Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.
Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.
Jadi elakkan gurauan kasar seperti tarik kerusi sebegini. Jangan sebab keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.
Sumber: @jelegbt
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan lambakan kafe yang ada di Malaysia ini, nampaknya The Loaf terpaksa akur dengan prestasi kurang memberangsangkan mereka.
12 tahun kafe bakeri, The Loaf telah menemui peminat makanan pastri dan kopi. Penulis tak dapat menafikan bahawa seleksi roti dan pastri di kafe tersebut memang sedap dan merupakan antara yang terbaik di Malaysia.
Namun kelmarin selepas lebih sedekad beroperasi, akhirnya The Loaf dilaporkan mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan mereka.
The Loaf merupakan kafe bakeri yang diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamed dengan pemilikan 51% saham. Dengan kerjasama dengan Motoko Resources Sdn Bhd, The Load kemudiannya diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd.
Cawangan pertamanya di Telaga Harbour yang dibuka pada tahun 2006 pernah mencetuskan frenzy di kalangan peminat pastri dan roti kerana ia dikatakan sedap dan autentik! Tak seperti bakeri lain yang kadangkala menghidangkan menu yang sejuk dan sudah lama terperap, menu di The Loaf selalunya datang dalam keadaan segar dan enak.
Setahun selepas itu, ia dibuka pula di Pavilion, Empire Shopping Gallery, Mitsui Outlet Park dan The Mines, Seri Kembangan.
Menurut penasihat kewangan The Loaf iaitu Andrew Heng, mereka memilih untuk menutup kesemua cawangan sekaligus kerana mereka tidak mampu untuk meneruskan lagi perniagaan berkenaan akibat kerugian yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Di kesemua cawangan The Loaf kelmarin, didapati notis telah ditampal pada pintu kedai dengan menyatakan ucapan terima kasih kepada kesemua pelanggan setia mereka.
Sementara itu, ada di kalangan pekerja The Loaf yang mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai penutupan tersebut sehinggalah pada pagi Khamis lalu semasa tiba di tempat kerja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu lagi korang dari Sarawak untuk bersusah payah terbang ke Semenang untuk mendapatkan produk dari Mamonde selepas ini.
Sebelum ini, Mamonde telah menemui penggemar jenama penjagaan kecantikan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. Dan daripada sambutan yang diterima, ramai yang mengakui akan keberkesanan produk buatan Korea Selatan itu.
Kini, tiba masa untuk kiosk pertama Mamonde dibuka di Sarawak pula!
Bertempat di Ground Floor Vivacity Megamall, Kuching, korang boleh mendapatkan produk berasaskan bunga yang terbaru daripada jenama itu. Antara produk yang dijangka akan menjadi pilihan rakan-rakan kami di Sarawak ialahPang Pang Hair Shadow, Creamy Tint Squeeze Lip, Pore Clean Blackhead Stick, Everyday Sun Stick, Rose Water Toner dan banyak lagi.
Walaupun kiosk-nya tidaklah sebesar stor biasa, tetapi mereka pasti mempunyai stok yang disediakan khas untuk korang.
Tambahan pula dengan sijil Halal yang diterima Mamonde baru-baru ini daripada JAKIM, lebih ramai yang yakin untuk menggunakan jenama itu selepas ini.
Dengar cerita, kiosk kedua Mamonde akan dibuka di Lembah Klang pula pada tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!