Penyanyi terkenal Malaysia, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarhamah yang dikejarkan ke hospital, Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos 2021 (Isnin) jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib itu terlebih dahulu selamat melahirkan bayi lelaki pra-matang yang diberikan nama Ayash Affan pada petang Jumaat lalu menerusi pembedahan tanpa sedar.
Bagaimanapun, paras oksigennya menunjukkan ketidak stabilan. Ia jatuh hingga 40 peratus pada malam tersebut dan kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi hinggakan ke 85 peratus semalam.
Ads
Pada majlis bacaan yasin yang dilakukan secara maya pada Ahad malam pula, Shuib memberitahu bahawa paras oksigen isterinya itu kembali jatuh hingga ke tahap 30 peratus.
Terdahulu pada 27 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, arwah ada memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu telah disahkan positif.
Ads
Justeru, seluruh ahli keluarganya termasuklah tiga orang anak mereka melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif. Shuib dan anak-anaknya kemudian disahkan negatif selepas menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Takziah Remaja ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.
Sumber: Media Hiburan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti korang pernah sumpah seranah bila dapat pulangan baki wang kertas terkoyak daripada pekedai kan?
Rasa habis tertipu masa tu. Mungkin juga kejadian sama pernah berlaku sebaliknya korang yang menolak baki diberikan pekedai kerana ada koyak pada wang tersebut.
Rileks…rileks…
Baca perkongsian Rahman Ismail berkenaan cara untuk menyelamatkan wang kertas yang mengalami kerosakkan seperti terkoyak mahupun terkena dakwat menerusi laman Twitter miliknya. Harapnya lepas ni kalau ada duit yang rosak tu janganlah terus buang ya. Mana tahu masih ade nilainya.
Boleh ditukar dimana-mana cawangan bank.
KRITERIA PENILAIAN DAN SAIZ WANG KERTAS
Berikut merupakan kriteria-kriteria bagi penukaran wang kertas dan nilai bagi wang yang terkoyak
1. LEBIH 2/3 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS
Jika wang kertas korang koyak pada saiz yang sedemikian iaitu lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas , jangan risau, korang masih boleh mendapatkan semula nilai penuh wang tersebut.
2. ANTARA 1/2 HINGGA 2/3 SAIZ ASAL WANG KERTAS
Jika koyakan adalah 1/2 sehingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas pula, hanya akan dapat nilai separuh daripada wang tersebut.
3. KURANG 1/2 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS
Tapi , malangnya jika koyakan wang tersebut adalah bawah 1/2 daripada saiz asal wang kertas maka ia tiada nilai.
CONTOH LAIN DUIT YANG TIADA NILAI
Contengan pada potret yang di-Pertuan Agong.
Wang kertas dengan kelunturan yang teruk sehingga tidak nampak corak reka asal wang kertas
Tulisan yang menggambarkan slogan politik atas wang kertas.
Menggunakan wang sebagai pad tulis mahupun kad jemputan.
Okay…kalau korang tak nak juga wang kertas tu bagi jela kat penulis…tapi pastikan wang tu berwarna purple okay…heheh
Luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati di kolam berhampiran rumah telah menyentuh hati ramai apabila berita tragis itu disahkan oleh pihak berkuasa pada Jumaat.
Mayat seorang lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada rapper terkenal Amerika Syarikat itu ditemui di sebuah kolam di utara Atlanta selepas beberapa hari dilaporkan hilang.
Mangsa dikenal pasti sebagai Nathan Smith, 27 tahun, yang menggunakan nama pentas D.J. Young Slade.
Penemuan mayat tersebut menamatkan operasi pencarian yang dijalankan sejak awal minggu, sekali gus meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga dan peminat Lil Jon di seluruh dunia.
Kehilangan Dalam Keadaan Luar Biasa
Menurut kenyataan Polis Milton, Nathan dilaporkan meninggalkan kediaman keluarganya di kawasan Milton pada awal pagi Selasa lalu dalam keadaan yang dianggap luar biasa.
Keadaan itu segera menimbulkan kebimbangan apabila mangsa gagal dikesan selepas keluar dari rumah.
Pihak polis memaklumkan bahawa Nathan dipercayai berlari keluar dari rumah tanpa membawa telefon bimbit. Lebih membimbangkan, dia juga dilaporkan berada dalam keadaan keliru ketika kejadian, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatannya sendiri.
Operasi Mencari Diperluaskan Ke Kawasan Kolam
Susulan laporan kehilangan tersebut, satu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dengan segera oleh Polis Milton, dibantu beberapa agensi lain.
Usaha pencarian melibatkan kawasan perumahan sekitar serta lokasi semula jadi berhampiran kediaman keluarga mangsa.
Tumpuan pencarian akhirnya diperluaskan ke sebuah kolam berhampiran rumah selepas pihak berkuasa menerima maklumat yang relevan.
Pada tengah hari Jumaat, penyelam dari Jabatan Bomba Daerah Cherokee menemui satu mayat di kolam berkenaan, yang kemudiannya dipercayai kuat sebagai milik Nathan Smith.
Luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati itu dikongsikan menerusi satu kenyataan menyentuh hati di Instagram.
Lil Jon, atau nama sebenarnya Jonathan Smith, bersama ibu mangsa, Nicole Smith, meluahkan rasa hancur atas kehilangan tragis anak mereka.
“Kami sangat hancur dengan kehilangan tragis anak kami. Nathan adalah insan paling baik yang pernah anda temui. Dia seorang yang penyayang, penuh empati, sopan, berjiwa besar dan berhati hangat,” tulis Lil Jon.
Menurut kenyataan itu, Nathan disifatkan sebagai individu yang sangat menyayangi keluarga dan sahabat handainya, serta sentiasa meletakkan orang lain sebelum dirinya sendiri.
Menurut pihak polis, walaupun mayat yang ditemui itu dipercayai milik Nathan Smith, pengesahan rasmi masih menunggu laporan lengkap daripada Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Fulton.
Buat masa ini, pihak berkuasa memaklumkan tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat dikenal pasti berdasarkan siasatan awal.
Namun begitu, kes ini masih diklasifikasikan sebagai siasatan terbuka sehingga punca serta cara kematian disahkan secara rasmi. Maklumat lanjut tidak akan didedahkan bagi menghormati proses siasatan dan privasi keluarga mangsa.
Latar Belakang Nathan Smith
Nathan Smith, yang dikenali dalam dunia muzik sebagai D.J. Young Slade, merupakan seorang artis muda yang sedang membina namanya sendiri.
Walaupun berada di bawah bayangan populariti bapanya, Nathan dikenali sebagai individu berbakat dan merendah diri oleh mereka yang rapat dengannya.
Kes luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati ini turut mencetuskan perbincangan tentang tekanan emosi, kesihatan mental dan keselamatan individu, khususnya dalam kalangan anak selebriti yang sering berdepan perhatian awam.
Untuk rekod, Milton merupakan sebuah bandar pinggir bandar yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Atlanta.
Lil Jon pula dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh dalam genre crunk hip-hop, dengan lagu ikonik seperti Get Low bersama East Side Boyz serta Turn Down For What hasil kolaborasi bersama DJ Snake.
Selain Nathan, Lil Jon turut mempunyai seorang anak perempuan, Nahara, yang dilahirkan pada tahun 2024.
Sumber: CNN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, filem Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjalankan penggambaran di Jogjakarta mendapat perhatian selepas ditayangkan di Malaysia, kini sebuah lagi filem Indonesia, A Perfect Fit menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang rindu untuk travel ke pulau paling ‘Instagrammable’ di dunia.
Baru sahaja ditayangkan di Netflix, filem A Perfect Fit menjadi bualan rakyat Malaysia yang merindui percutian di Bali, Indonesia.
Meskipun ketika ini, pantai yang indah ibarat syurga dunia juga tak mampu untuk kita jejaki apabila dunia sedang berdepan dengan wabak berbahaya Covid-19.
Namun ramai antara kita yang sedang duduk di rumah pastinya telah banyak memasang angan-angan untuk bercuti ke pulau-pulau cantik yang ada di seluruh dunia terutama ke destinasi kegemaran pelancong antarabangsa ini iaitu Bali, Indonesia.
Filem ini mengisahkan mengenai Saski (lakonan Nadya Arina), seorang blogger fesyen yang terperangkap dalam hubungan toksik bersama tunangnya, Deni (lakonan Giorgino Abraham).
Memilih Bali sebagai lokasi penggambaran, menonton filem ini sekurangnya boleh meredakan perasaan rindu penonton yang ‘terpaksa’ duduk di rumah dan tidak dibenarkan untuk merentas daerah, apatah lagi negeri dan negara.
Selain daripada plot yang ringan, sinematografi filem ini juga merupakan tarikan yang paling kuat untuk penonton menonton filem ini.
Rata-rata netizen memuji filem tersebut dan merindui momen berada di Bali
Untuk info semua, sebelum ini Indonesia ada merancang untuk membuka semula wilayah Bali kepada kunjungan pelancong asing pada Julai 2021. Namun, akibat keadaan kritikal sehingga terpaksa memohon bantuan bekala oksigen dari Singapura perkara itu di tunda.
Sistem kesihatan di Indonesia juga boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 apabila kekurangan katil dan bekalan oksigen.
Hmm…lama lagi la kita dapat bercuti di Bali…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!