Single Terbaru BTS “Butter”, Terima 20 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Jam Di YouTube

Share

Kumpulan popular k-pop BTS baru sahaja melancarkan single terbaru mereka berjudul “Butter” di laman YouTube rasmi Hype Labels pukul 12 tengah hari tadi waktu Malaysia.

Selepas 1 jam dilancarkan, muzik video “Butter” berjaya mencapai lebih daripada 18 juta tontonan. “Butter” merupakan single Ingerris kedua BTS yang dilancarkan selepas Dynamite.

Ada satu part yang menarik perhatian peminat apabila ketujuh-tujuh anggota BTS ini melakukan pergerakan badan yang menunjukkan perkataan ‘ARMY’.

Di ruangan komen, dilihat peminat di seluruh dunia turut memberikan reaksi terhadap single “Butter” ini.

Malah, tanda pagar #ButterToday turut menjadi trending di laman Twitter.

So peminat BTS semua, apa komen korang terhadap lagu baru mereka?

IKLAN