Terdapat jenama fesyen yang mengeluarkan wangian mereka sendiri, termasuklah Zara yang kami pasti orang ramai sudah pun tahu tentang kewujudannya.
Tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa H&M juga sebenarnya ada mengeluarkan minyak wangi mereka sendiri dengan harga yang agak murah juga.
Informasi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aus Meshi dan dia turut menerangkan jenis-jenis bauan daripada H&M ini.
Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh lelaki ini.
1. Sunray
Bau ini sebenarnya nak menceritakan seperi bauan pergi bercuti di tepi pantai. Ada bau seperti sunscreen lotion. Penambahan bau floral dan drydown yang ada dalam wangian ini seperti bau minyak wangi Cloud Ariana Grande.
2. Petals
Bauan seperti white floral atau Jasmine, ada penambahan bauan seperti teh. Bauan floral untuk wangian ini tidak berapa kuat.
Ads
3. Lipstick
Kotak dan minyak wangi ini berwarna merah jambu, sangat menarik perhatian wanita. Bauannya pula seakan-akan seperti bau make up powder. Pada mulanya ia berbau seperti ceria tau strawberi, lama-kelamaan seperti bau bedak.
Menariknya minyak wangi ini, ia ada vibes seperti Midnight Fantasy daripada Britney Spears dan ia lebih unik berbanding MF.
4. Rain
Apa yang cuba digambarkan seperti perasaan korang bila bangun tidur tu sedang hujan, rasa nak sambung tidur balik. Ha, lebih kurang macam itulah maksudnya. Baunya dimulakan dengan fresh, clean dan aqua. Ada gaya-gaya seperti Blue Fragrance.
Ads
5. Cashmere
Inilah botol paling menyerlah jika dibandingkan dengan yang lain dan baunya juga agak paling ‘berat’. Dimulakan dengan bau sedikit sweet dan creamy susu, kemudian hujungnya akan dapat bau seperti bayi.
Bau bedak baby!
6. Pear
Minyak wangi ini tidaklah berbau pear, tetapi lebih kepada epal hijau.
Ads
7. T-shirt
Antara semua, memang minyak wangi ini sedikit mengejutkan kerana korang memang akan bau seperti ‘baju baru’ ataupun baju yang baru lepas basuh. Baunya yang fresh, clean, soapy detergent.
Minyak wangi ini memang bau sama seperti sabun basuh baju detergent yang warna biru tu. Hiks!
8. Vanilla
Seperti namanya, ia memang berbau vanilla tetapi bukan vanilla yang manis, creamy, berlemak seperti Vanilla Body Shop. YSL Libre atau Love Don’t Be Shy Kiliian. Berbeza dengan deskripsi yang mengatakan creamy sweetness, tetapi ada sikit sahaja dengan penambahan manis dan creamy.
Jelasnya, kesemua wangian ini boleh didapati di Zalora dan mungkin jika di kedai H&M lebih banyak mempunyai pilihan. Tetapi, tidak semua cawangan menjual minyak wangi ini ya.
So guys, bolehlah tambah koleksi minyak wangi korang lagi lepas ni!
Bagi memastikan privasi dan keselamatan para pelanggan mereka terjamin selepas ini, platform e-dagang popular, Shopee tidak lagi mendedahkan nombor telefon pada bungkusan Air Waybills, J&T Express dan Ninja Van mulai 21 Oktober lalu.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mendapatkan nombor telefon pelanggan menerusi sistem untuk dihubungi, sekiranya perlu.
Selepas ini, butiran peribadi yang akan tertera pada bungkusan penghantaran barangan yang korang beli hanyalah nama, alamat dan poskokd saja. Secara tidak langsung, gangguan seperti scammer tidak bertanggungjawab seperti yang selalu dilaporkan di media sosial selama ini dapat dikurangkan.
Sebagai contoh sebelum ini, pelanggan yang terlupa untuk memadamkan atau membuang kertas pelekat pada bungkusan penghantaran kemungkinan berdepan risiko gangguan biarpun bungkusan berkenaan telahpun dibuangkan ke dalam tong sampah
Jangan terkejut jika ada suspek yang sanggup menyelongkar tong sampah terutamanya di kawsan awam untuk mendapatkan butiran peribadi pelanggan secara rawak demi agenda tersendiri seperti melakukan ‘panggilan kecemasan’ atau untuk menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar lalu tiba di rumah kenalan atau ahli keluarga mangsa.
Suspek kemudian cuba mendapatkan bayaran daripada ahli keluarga mangsa dengan alasan yang dipesan masih belum dibayar.
Oleh itu, inisiatif terbaru oleh Shopee ini punya impak positif walaupun ia nampak seperti perubahan kecil saja. Apapun, Shopee masih akan meminta nombor telefon pelanggan mereka setiap kali pembelian dibuat demi memastikan barangan selamat tiba di destinasi. Cuma kali ini, ia tidak lagi berada di atas bungkusan kecuali sekiranya penghantaran adalah melalui Pos Laju atau City Link Express AWB.
TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada mereka sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula. Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun lalu, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Semuanya gara-gara PKP 1.0 yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan. Lazimnya, TikTok dikenali sebagai platform untuk berhibur kerana ia membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync lebih kurang dalam 1 minit.
Namun begitu, kini aplikasi tersebut bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi ia juga digunakan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Amalina Che Bakri, beliau baru sahaja mewujudkan akaun TikTok dan apa yang menariknya, Dr. Amalina berkongsi informasi tentang dunia perubatan.
Beliau turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa dia sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada TikTok tetapi dia turut terfikir ia juga bagus untuk dijadikan platform bagi menjelaskan salah faham orang ramai mengenai ilmu perubatan.
I tried to stay away from TikTok but I think it’s a great platform for public health education especially to counter disinformation. So, here I am. pic.twitter.com/JLiFdXZMOz
Pengisian content yang dibuat di TikTok dramalinabakri mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menyambut baik kehadiran Dr Amalina dalam aplikasi tersebut.
Terbaiklah Dr Amalina! Diharap perkongsian berilmu ini dapat menarik lebih ramai anak muda khususnya untuk mendalami ilmu perubatan.
Di zaman berteknologi canggih kini, kita terdedah dengan pelbagai bentuk media termasuk video porno. Korang jangan terkejut tau sekiranya rakan terdekat mahupun ahli keluarga turut tergolong dalam kumpulan ‘penagih’ pornografi! Haiyooo….
Disebabkan ketagihan mereka terhadap pornografi, remaja di Malaysia telah dilaporkan berisiko tinggi untuk mengalami gejala seks bebas dan jangkitan seksual.
Kajian akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati bahawa 75% remaja di negara ini telah menonton media lucah.
Majoriti mereka yang terlibat adalah remaja lelaki yang ditemui seawal sekolah menengah, menurut Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM.
Fakta menunjukkan bahawa anak-anak muda yang dikesan melakukan kelakuan tidak bermoral apabila diberi akses kepada internet di rumah adalah lebih membimbangkan.
“Menonton pornogarafi ini menyebabkan sebahagian daripada remaja kita mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti human immunodeficiency virus (HIV) dan siflis.
“Ia terjadi apabila tiada pemantauan dari ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan tiada di rumah,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Menurut Dr Noor Azimah, pelajar yang menonton video lucah akan lebih kerap melakukan hubungan seks bebas sebaik sahaja mengorak langkah ke pusat pengajian tinggi.
“Terdapat situasi di mana seorang pelajar lelaki mengatakan bahawa dia menonton lebih 200 video lucah setiap hari untuk memenuhi keperluan seksnya. Pelajar itu kemudiannya terdedah kepada onani dan akhirnya mula melakukan hubungan seks bebas ketika berada di kolej,” jelasnya lagi.
Laporan turut menunjukkan bahawa majoriti remaja ini melakukan hubungan tidak selamat tanpa menggunakan kondom atau bentuk kontraseptif lain, dan akhirnya golongan muda yang sama juga menyumbang 40% kepada diagnosis HIV baharu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Berita Harian, Fami Safe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!