Siapa Pakai iPhone 5s, 6 & 6s Yang Dah Mula Jadi Slow, Atasi Masalah Dengan Langkah Mudah Ini

Share

Dengan kehadiran model-model terbaru daripada iPhone, korang yang masih lagi menggunakan model lama seperti iPhone 5s, 6 dan 6s pernah tak mengalami situasi dimana phone korang jadi slow? Nak buka apps pun jadi hang.

Menurut perkongsian daripada Afzan Abu Bakarr, salah satu cara korang boleh guna untuk atasi masalah ini adalah dengan restore iPhone korang dan masukkan software

baru.

Korang perlukan:

• iPhone
• laptop yang ada iTunes
• Lighting Cable

1. Pastikan iTunes korang tu running software paling terkini. Tak kisahlah pakai Window atau Mac, sama je. Kalau tak ada, download dan install dulu link ini; apple.com/my/itunes/

2. Cucuk iPhone korang dekat laptop. Ikut arahan yang diberi. Pastikan korang allow/trust laptop korang. Masukkan passcode di iPhone untuk proses ini dibuat. Step ni sebenarnya mudah je. Untuk pertama kali memang agak pening sikit tapi kalau korang dah buat dua, tiga kali nanti senang dah. Lepas tu klik di restore

iPhone

3. Sebelum tu, tolong tutup Find My atau lebih dikenali Find My iPhone dulu. Ini korang kena buat dekat iPhone korang.

4. Kalau korang sejenis yang sentiasa backup barang-barang dalam iPhone, korang boleh terus proceed. Tapi, disarankan supaya korang backup dulu. Takut nanti hilang pula.

5. Terus klik Restore dan Update. Nak buat step ni pastikan korang guna wifi yang kuat.

Cara ini yang paling mudah dan menggunakan software original Apple dan aksesori seperti iTunes dan lightening cable. Cara restore melalui iTunes ini lebih stabil, selamat dan dapat mengurangkan bugs.

Jadi, kalau korang berhadapan dengan masalah handphone slow, boleh la try tip-tip yang telah diberikan ini.

Good luck!

Sumber: Afzan Abu Bakarr

 

IKLAN