Program Remaja On Road yang berlangsung di UiTM Puncak Alam sekali lagi menjadi platform bermakna buat REMAJA mendekati mahasiswa menerusi pengisian yang relevan dengan realiti generasi muda masa kini.

Antara segmen yang paling mencuri tumpuan adalah sesi Remaja Youth Talk bertajuk ‘Beyond The Plate: Mental Health, Work Culture & Career Path In Culinary’, yang menghimpunkan barisan panel berpengalaman daripada industri dan akademik.

“Siapa Cepat, Dia Di Hadapan” -Remaja Youth Talk Kupas Cabaran Dunia Kulinari

Menurut panel yang juga pensyarah UiTM Puncak Alam, Professor Madya Dr. Zuraini Matissa@Zakaria, pendedahan secara langsung sebegini memberi impak besar kepada pelajar, terutamanya dari segi pengalaman sebenar di luar bilik kuliah.

“Melalui acara hari ini, kami semua mewakili bidang kami telah memberi pendedahan yang lebih jelas kepada pelajar selain mendapat ‘live experience’ iaitu berinteraksi secara dua hala bersama Chef Fikree.

Ads

“Mungkin sebelum ini para pelajar cuma dapat lihat di kaca televisyen, tapi sekarang ini di depan mata. Saya harap, acara hari ini sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk mereka sendiri meneroka yang lebih jauh untuk berani ke depan lagi,” katanya.

“Siapa Cepat, Dia Di Hadapan” -Remaja Youth Talk Kupas Cabaran Dunia Kulinari

Mengulas lanjut tentang cabaran graduan dalam bidang kulinari, hospitaliti dan pelancongan, Dr. Zuraini menegaskan bahawa kepantasan menjadi faktor utama dalam era serba canggih hari ini.

Ads

“Zaman era serba canggih ini, cabaran buat para graduan kulinari, hospitaliti dan pelancongan adalah era kini bagi saya ‘speed’.

“Semua orang sekarang ini siapa dulu dialah yang kedepan. Jika ada pelajar yang kurang dalam pelajaran tetapi lebih agresif dalam memajukan dirinya dengan penggunaan teknologi, dia boleh jauh ke hadapan kerana ilmu boleh datang ketika dia dalam proses melangkah.

“Siapa Cepat, Dia Di Hadapan” -Remaja Youth Talk Kupas Cabaran Dunia Kulinari

Ads

“Bagi saya juga, dunia Ai sekarang ini bagaimana anda meneroka menggunakan teknologi untuk ‘up’ kan diri anda,” tuturnya panjang.

Selain Dr. Zuraini, sesi tersebut turut menampilkan cef selebriti terkenal, Mohd Fikree Najib Aznan atau lebih dikenali sebagai Chef Fikree, yang berkongsi pengalaman industri sebenar sekali gus membuka perspektif pelajar terhadap realiti dunia pekerjaan dalam bidang kulinari.

Secara keseluruhannya, sesi Remaja Youth Talk ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang laluan kerjaya, malah menyentuh aspek kesihatan mental, budaya kerja dan keperluan untuk berani menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, selari dengan cabaran dunia profesional masa kini.

“Siapa Cepat, Dia Di Hadapan” -Remaja Youth Talk Kupas Cabaran Dunia Kulinari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads