Shopping Di Tesco Guna Cara ‘Order & Collect’ Melalui Aplikasi WhatsApp, Lebih Mudah Dan Cepat

Share

Hari ini merupakan penentuan bagi rakyat Malaysia sama ada Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan atau pun tidak. Ramai yang bersetuju sekiranyanya PKP ini disambung sehingga negara kita benar-benar pulih daripada wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, apa sahaja yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri nanti rasanya masyarakat akan menerima dengan hati terbuka kerana banyak kemudahan yang telah disediakan, terutamanya untuk pembelian barang keperluan di pasar raya.

Jika tidak mahu bersesak di pasar raya, korang boleh membuat pembelian secara online atau pun kini Tesco juga sudah menyediakan kemudahan pembelian menerusi aplikasi WhastsaApp.

Menurut perkongsian daripada Ariff Iskandar Sa’id, kaedah yang digunakan Tesco ini sudah pun dimulakan beberapa hari lepas. Paling senang dan convenient kerana korang beri sahaja list panjang berjela dekat personal shopper Tesco yang berdekatan, selepas itu mereka akan sediakan barangan yang korang nak beli.

Jika barang atau jenama yang korang minta tiada di Tesco tersebut, mereka akan cadangkan jenama lain yang berkaitan. Nak mudah, bagi la list yang spesifik sikit dan boleh refer barang pada aplikasi MY Tesco Online. Harga barang adalah sama seperti di Tesco dan tiada cas lebih untuk personal shopper

.

Dah setuju dengan barangan yang hendak dibeli, personal shopper Tesco ini akan sediakan barcode berserta jumlah yang korang perlu bayar.

Namun begitu, barcode yang diberikan hanya sah dalam tempoh 30 minit, jadi korang kena bagi tahu pukul berapa nak pergi ambil barang-barang tersebut.

Sampai sahaja di Tesco pilihan korang tu, pergi service counter dan mereka akan tunjuk troli berserta barang yang sudah tersedia discan. Selepas itu, terus ke kaunter dan bayar ikut jumlah barcode yang personal shopper WhatsApp tadi.Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan

Tak perlu beratur sebab Tesco dah sediakan kaunter istimewa untuk pelanggan ‘Order & Collect’.

Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan. WhatsApp sahaja personal shopper Tesco yang terdekat dengan menghubungi talian-talian berikut:

Selamat membeli!

IKLAN