Aktres versatil, Sharifah Sakinah, baru-baru ini mengesahkan bahawa dia sudah selamat melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung hujung minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” ujarnya ringkas.
Sekadar info, ini bukan pernikahan pertama Sakinah. Sebelum ini, pelakon itu pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015, namun mereka bercerai pada 2020 setelah lima tahun bersama.
Ads
Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.
Ads
Sakinah kemudian berkahwin buat kali kedua dengan lelaki berasal dari Sweden, Michael Hansen pada 2021, namun hubungan mereka berakhir pada penghujung tahun 2023.
Kini, dengan perkahwinan terbaharunya, Sakinah memilih untuk merahsiakan identiti suami demi menjaga privasi dan keselesaan keluarga kecilnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang kan nak dapat kerja, sekarang? Urgh..
Tapi kalau korang sedang belajar di Taylor’s University, mungkin peluang tersebut menjadi lebih cerah. (Disclaimer: Ini bukanlah iklan, ini adalah fakta statistik hehe)
Semuanya gara-gara kejayaan universiti swasta tersebut untuk disenaraikan pada kedudukan ke-19 di dalam carta 2019 QS World University Rankings yang dikeluarkan, baru-baru ini menerusi kategori ‘Top 1 Percent Employer Reputation’ di seluruh dunia.
Instagram
Selain daripada Taylor’s, Universiti Malaya (UM) turut tersenarai. Namun berbanding dengan UM yang memiliki sejarah hebat selaku universiti pertama yang dibuka di Malaysia (1905), Taylor’s jauh lebih ‘muda’ (dibuka pada tahun 1969, baru mencapai status universiti pada tahun 2010).
Pencapaian pantas inilah yang menjadi faktor ramai terbuka mata, termasuk kami.
Instagram.
Hebat dak-dak Taylor’s ini.
Mungkin disebabkan sistem pembelajaran mereka yang kreatif demi menyesuaikan pelajar dengan cara bekerja nanti, para majikan di Malaysia tidak teragak-agak untuk mengambil sebagai pekerja.
Contoh projek di luar kelas yang dilakukan pelajar mereka.
Instagram
Untuk El-Umar Muhktar dari Taylor’s Business School, dia rasakan universiti ini tidak mengongkong pelajar dalam fakulti masing-masing. “Saya ambil bisnes kerana ia adalah skil yang diperlukan dalam mana-mana bidang. Tapi saya still sempat kejar hobi saya dalam kegiatan teater.
“Di Taylor’s, ada satu performance art club iaitu SPART. Bukan je kami lakukan persembahan teater tetapi juga poetry, tarian, nyanyian dan macam-macam lah.
“Mungkin disebabkan itu, pelajar senang nak kuasai skil lain di luar kelas, which is very important terutamanya ketika interview dengan bakal majikan nanti,” katanya.
Farah dari Taylor’s School of Medicine pula merasakan pencapaian carta QS itu disebabkan pensyarah yang passionate dalam mengajar bagi memastikan pelajar mereka menjadi doktor bertauliah kelak.
“Saya selalu dengar komen yang mengatakan pelajar Taylor’s ni terdiri daripada anak orang kaya je – which is completely not true. Kami hanya pelajar biasa yang Alhamdulillah, boleh mencapai perkara luar biasa.
Sekali lagi, kami ucapkan tahniah kepada Taylor’s University dan universiti Malaysia lain yang berjaya disenaraikan pada kali ini. Please make sure akan ada lebih banyak lagi universiti tersenarai pada kedudukan yang lebih tinggi lagi, alright!
P.S: Kalau nak kerja try contact kitorang eh hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuti umum bukan hanya disukai oleh pelajar-pelajar sekolah mahu pun universiti, malah ia juga sering ditunggu-tunggu oleh pekerja dewasa. Biasanya, waktu cuti umum begini ramai yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama yang tersayang, atau paling tidak berehat di rumah sahaja.
Tahukah korang negara mana yang banyak mempunyai jumlah cuti umum? Berikut merupakan antara negara yang paling banyak cuti umum dalam masa setahun.
1. Sri Lanka (25 hari)
Sama seperti Malaysia, Sri Lanka juga mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama. Justeru itu, negara tersebut mewujudkan banyak cuti-cuti khas. Setiap satu hari di mana bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil Hari Poya mengikut kepercayaa masyarakat Buddha.
Ada kalanya, dalam satu bulan ada dua hari bulan mengambang penuh, hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelar hari Adhi.
2. India (21 hari)
Kredit foto: traveldailymedia.com
Terdapat empat hari cuti umum di negara India iaitu hari republic, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang disambut pada 2 Oktover. Selain itu, negara ini juga mempunyai masyarakat yang majmuk dan setiap perayaan agama akan diraikan dengan cuti.
3. Filipina (18 hari)
Kredit foto: forbestravelguide.com
Filipina juga mengamalkan pemberian cuti kepada rakyat mereka atas sebab kewujudan masyarakat pelbagai etnik. Di negara itu juga banyak meraikan sejarah seperti cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan.
4. China (17 hari)
Kredit foto: trippest.com
China mengadakan dua sambutan tahun calendar baru dan tahun baru mengikut calendar Cina. Sempena menyambut hari Ching Ming pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka menerusi upacara menghadiahkan barang-barang di kubur nenek moyang sebagai tanda membalas jasa sambil membersihkan kawasan kubur.
Selain itu juga, masyarakat China turut mengadakan perlumbaan bot naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya ditetapkan bergantung kepada calendar orang Cina.
5. Thailand (17 hari)
Kredit foto: aleenta.com
Negara ini menitik beratkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam calendar mereka, memulakan tahun baru dengan menyambut tahun baru dan seterusnya menghormati sambutan Magha Puja.
Setiap 6 April, Thailand akan menyambut hari Chakri yang sejarahnya berpunca daripada pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok. Sambutan paling besar di Thailand adalah hari festival Songkran di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul.
Selain itu, mereka juga menyambut hari Wesak, hari Dhamma bagi meraikan permulaan agama Buddha dan cuti dua hari memperingati kematian Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada 2016 serta kematian Raja Chulalongkorn pada tahun 1990.
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Negara kita juga tidak kurang mempunyai cuti awam yang agak banyak iaitu lebih kurang 15 hari setiap tahun, tidak termasuk cuti-cuti peristiwa yang muncul seperti meraikan kemenangan negara di Sukan Sea atau sewaktu pilihanraya umum.
Waktu cuti umum inilah kebanyakan masyarakat kita mengambil kesempatan untuk keluar melancong kan?
Berbasikal adalah antara sukan yang kini menjadi trend bukan hanya kepada anak muda, malah oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur.
Kalau korang perasan, sekarang ini ramai yang sudah mula menjinakkan diri dalam sukan berbasikal dan dah jadi seperti trend apabila masing-masing mempunyai grup konvoi mereka sendiri untuk turun melakukan aktiviti riadah ini.
Selain daripada beriadah, antara manfaat yang korang akan peroleh sekiranya melakukan aktiviti berbasikal adalah seperti meningkatkan kesihatan mental, menurunkan berat badan dan mengurangkan sakit jantung serta risiko kanser.
Namun, di sebalik manfaat itu semua terselit kebimbangan yang sememangnya perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu masalah kebas.
Menerusi Public Health Malaysia, ia berpunca daripada tempat duduk basikal atau motosikal.
“Jika kita duduk di kerusi biasa, berat kita disebarkan pada kedua-dua punggung kita dan kerusi tidak akan menekan pada bahagian tengah punggung, yang dikenali sebagai perineum.
“Namun pada sesetengah basikal atau motor, tempat duduknya menirus dan memberikan tekanan pada bahagian perineum.
“Di bahagian inilah terletaknya saraf dan salur darah berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang,” tulis Public Health Malaysia.
Jadi, apakah cara untuk mencegahnya? Berikut antara enam cara yang boleh dijadikan panduan buat orang ramai:
1. Pastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
2. Pastikan tempat duduk selaras dengan ketinggian.
3. Elakkan badan ke hadapan semasa berbasikal.
4. Pilih padding yang lembut.
5. Jangan sesekali menghala tempat duduk ke atas.
6. Pilih tempat duduk yang lebar.
Bukanlah untuk menakutkan mereka yang sudah tertarik dengan aktiviti berbasikal ini, tapi perlu pastikan pentingnya aspek keselamatan bagi mengelak risiko kecederaan dan berlakunya kemalangan yang tak diingini.