Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Ads
Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga sebagai hari raya korban. Sudah ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung bagi meraikan sambutan yang menjadi kebesaran umat Islam untuk meraikannya.
Berbanding hari raya aidilfitri yang bermaksud kemenangan selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan, hari raya korban pun diraikan dengan melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Tujuan ibadah korban ini dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengambil bahagian ke atas binatang ternakan, adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaikan sudah menjadi satu budaya bagi masyarakat di sini, sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian ibadah korban akan mengusap binatang korban yang mana disebut juga akan menjadi binatang tunggangan kita di akhirat kelak?
Adakah benar binatang korban akan menjadi tunggangan kita sebagaimana kita tahu atau hadis ini hadis lemah atau palsu?
REMAJA menemuramah Ketua Imam Masjid Al-Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff mengenai benarkah binatang korban yang kita korbankan akan menjadi tunggangan di Titian Siratulmustakim kelak?
Ibadah korban ada sunat dituntut (sunat muakkad) kata Ketua Imam Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff
Menurut Ustaz Wan Rahim berdasarkan penilaian pakar dan sarjana hadith antaranya Ibn Solah mengatakan bahawa ada salah seorang perawi hadith ini tidak dikenali. Hadith ini dinilai sebagai matruk dan tidak sahih. Hal yang sama dipersetujui berdasarkan pandangan Ibn Hajar dan ramai sarjana hadith yang lain.
“Kesimpulannya, boleh kita katakan binatang korban ini akan jadi tunggangan di akhirat kelak adalah hadith yang sangat lemah dan tidak boleh menjadi sandaran hukum dan keyakinan kepada hadith ini tidak berasas.
Binatang ternakan seperti lembu antara yang biasa dikorbankan. Bagi seekor lembu, ia terbahagi kepada tujuh bahagian. Gambar hiasanDaging-daging korban biasanya diagihkan ke penduduk setempat dan kurang berkemampuan. Gambar hiasan
Tambah Ustaz Wan lagi, melakukan ibadah korban adalah sunat yang amat dituntut. Ini sebahagian dari bentuk pengorbanan kita sebagai mana Nabi Ibrahim as diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail as.
‘Namun ibadah korban ini bukanlah sampai memerlukan kita berhutang untuk melakukannya atau tak boleh bayar duit kereta, rumah dan sebagainya. Kalau jadi begitu, ia sudah tidak dituntut di dalam Islam. Ibadah korban ini boleh dilakukan saban tahun bagi yang berkemampuan dari segi kewangan dan masa yang sama, ia juga boleh dinilai adakah kita juga “berkira” mengeluarkan belanja untuk melakukannya.
“Tidak dinafikan, sebahagian dari kita mungkin tidak berkira membeli telefon bimbit yang mahal-mahal tapi kita berkira-kira dalam melakukan ibadah korban. Jika Nabi Ibrahim diuji, ibadah korban ini juga ujian bagi mereka yang memehaminya,” katanya ketika ditemui.
Bagaimana korban di luar negara, boleh ke?
Jelas Ustaz Wan Rahim, dibolehkan lakukan korban di luar negara malah sejak puluhan tahun ramai di antara kita yang berkemampuan dari segi kewangan melakukannya bagi membantu umat Islam di negara-negara kurang berkemampuan.
“Ibadah korban yang kita lakukan ini adalah sebahagian syiar Islam. Ia bermula dari tolong menolong ketika binatang korban disembelih, kemudian kita akan mula melapah, membungkus kemudian mengagih daging, memasak dan sebagainya yang mana syiar Islam itu dapat dilihat dalam masyarakat,” katanya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabtu ahad merupakan hari paling bahagia. Mana tidaknya, masa inilah kamu dapat meluangkan masa dengan teman atau keluarga. Bagi yang sudah bekerja, inilah momen paling sesuai untuk kamu membeli-belah menambah pakaian berjenama di dalam almari pakaian kamu. Bagi yang masih belajar, kamu tidak akan selalu pulang ke kampung halaman pada hujung minggu kan? Jika bersama keluarga, tidak terlalu banyak duit akan dikeluarkan, tapi bila tinggal di hostel atau rumah sewa bersama rakan-rakan, mulalah duit keluar macam air.
01
Set bajet mingguan dan jangan lari bajet!
Jangan asyik jadikan aktiviti hujung minggu kamu dengan memerap di dalam bilik sambil menonton Netflix atau You Tube. Kamu layak untuk bersuka ria pada hujung minggu. Set berapa ringgit yang kamu mampu untuk keluar dari rumah dan jangan pinjam duit kawan jika nafsu tu membuak-buak bila terlihat barang yang kamu suka. Terus pulang ke rumah jika duit yang diperuntukkan untuk minggu itu hampir habis. Minggu depan kan ada lagi. Terus terang dengan rakan-rakan kamu yang tentang bajet kamu dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan kawan.
02
Selidik Restoran murah dan ada promo!
Makan sambil lepak sambil mengambil ootd anda atau makanan memang seronok. Apa kata sehari sebelum, atau sebelum keluar dari rumah, search internet dulu kafe hipster mana yang murah, atau sepanjang minggu tu, cuba check restoran mana yang menawarkan set murah pada hujung minggu. Kalau nak sangat makan mahal hujung minggu, kumpul duit dan berjimat. Barulah duit tu tak overspend.
03
Makan dahulu sebelum keluar rumah
Disarankan sebelum keluar dari rumah, makanlah apa yang ada. Macam roti cicah susu ke, makan nasi ke. Terpulang. Ini untuk mengelakkan kamu kelaparan dan memesan jumlah makanan yang banyak. Jika goal kamu nak berjimat, maka pilih makanan yang murah dan tidak terlalu banyak kuantitinya. Sentiasa bekal air masak dalam tas tangan. Jadi, tak payah order air. Minum je air masak.
Jadi, lepas ni tak ada masalah nak hang out dengan kawan-kawan. Hanya perlu bijak menguruskan duit je. So, minggu ni nak lepak mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap yang bergelar ibu pasti inginkan yang terbaik buat cahaya mata kesayangan mereka. Bukan itu sahaja, segala kehendak dan keinginan anak, pasti dilunaskan walau apa cara sekalipun.
Begitulah pelakon terkenal, Puteri Sarah yang dilihat berkongsi hobi baharu anakanda sulungnya, Syaikhul Islam.
Menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya, Puteri Sarah dilihat membawa putera kesayangannya itu ke sebuah kedai barangan sukan untuk membeli satu set sukan bola sepak.
Meluahkan keterujaan, pelakon itu berkongsi anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.
“Dah pandai ini. Ronaldo lah, Messi lah. Mama kena belajar. Sabtu ini nak join footballclass. Nak cari jersey abang kata,” coretnya ringkas.
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Suri Hati itu turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!