Shah Alam Digegarkan Sorakan Peminat Thai Pop Dengan Pelakon Drama My Ambulance

Share

 

Jarang sekali konsert hiburan artis Thailand dianjurkan di Kuala Lumpur. Selalunya yang dijemput ke sini jika tidak bukan artis Korea Selatan, pastinya artis Barat.

 

Tidak hairanlah apabila kehadiran 9 orang pelakon dan penyanyi Thailand ke Shah Alam semalam menerima sorakan cemerlang daripada para peminat mereka.

Antara yang membuat kemunculan istimewa itu ialah bintang drama viral, My Ambulance seperti Sunny Suwanmethanot, Wongravee Nateetorn (Sky), Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Ice Paris Intara-komalyasut, Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng), Nichaphat Chatchaipholrat (Pear-wah) dan Chonlathorn Kongying-yong (Captain).

Lebih 2,000 orang peminat menghadiri acara Dimsum Thaipop 2019 #LetsSanookTogether yang berlangsung di dewan Ideal Convention Centre IDCC, di sini untuk bertemu mereka.

Selain daripada mendendangkan beberapa lagu popular daripada siri drama tersebut seperti My Ambulance, Lucky One, Love Message, You Are My Everything dan It’s OK, mereka juga sempat untuk menyanyikan rendisi lagu Inggeris kegemaran mereka.

Ini termasuklah Lost Stars (Pearwah & Billkin), Let It Be (Ice bersama gitar), Humble (Jaylerr) dan persembahan terakhir Uptown Funk oleh mereka semua.

*

Nampak saja Thailand dekat dengan Malaysia, penulis pada awalnya mengagak mereka sudah biasa ‘turun’ ke Malaysia untuk bercuti, bekerja dan sebagainya.

Namun rata-rata artis Thai ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur disebabkan acara Dimsum ThaiPop 2019 ini.

Seperti yang dikatakan oleh Ice, dia terkejut apabila peminat turut sama menyanyikan lirik kata lagu Thai walaupun mereka tidak mengetahui maksudnya.

“Ini adalah kali pertama saya ke Kuala Lumpur dan saya pasti akan melawat lagi selepas ini.”

Bagi korang yang masih belum berkesempatan untuk menonton drama My Ambulance, korang boleh binge-watch siri tersebut di aplikasi atas talian dimsum okay!

*

*

GEMPAK TAK RESULTS DEWI REMAJA?

 

IKLAN