Setelah 3 Tahun Tidak Berjumpa, Video Ayah Menyamar Jadi Pelayan Restoran Layan Anak Undang Sebak

Share

Kasih sayang diantara keluarga sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana sudah tentu pertalian darah yang terjalin mengeratkan lagi hubungan sesama ibu bapa dan adik-beradik.

Sayang macam mana pun kita dengan pasangan atau kawan-kawan, perasaan itu pasti tidak sama jika nak dibandingkan dengan keluarga sendiri.

Kami terlihat sebuah video perkongsian di laman Facebook oleh Ed Bassmaster

tentang pertemuan seorang ayah dengan anak-anaknya selepas 3 tahun tidak berjumpa. Si ayah menyamar menjadi pelayan restoran yang sedang menghidangkan makanan kepada anak-anaknya sambil menutup sebahagian daripada wajahnya.

Korang akan sebak bila melihat reaksi anak-anaknya setelah mereka mengetahui bahawa pelayan tersebut adalah ayah mereka.

Difahamkan, keluarga ini berasal dari Filipina dan merupakan anak-anak kepada OFW (Overseas Filipino Worker). Bagi masyarakat mereka, OFW juga digelar "Mga Bagong Bayani ng Pilipinas" iaitu bermaksud The New Heroes of the Philippines.

Video ini mendapat lebih daripada 6 juta tontonan dan menerima ribuan komen daripada masyarakat seluruh dunia.

Sebak melihat aksi anak-beranak ini, ramai juga turut meninggalkan komen dan berkongsi perasaan sedih, serta ada juga yang berkongsi kisah mereka yang seakan sama dengan situasi keluarga ini.









Video ini juga mengingatkan kita semua untuk menghargai dan menyayangi insan tersayang sebelum terlambat.

Hm, kenapa tiba-tiba mata masuk habuk ni?

IKLAN