Biasalah perempuan, suka untuk mencuba stail yang baru..
Kalau asyik bertukar stail baju tu, penulis biasalah dengar. Tapi kalau tukar stail rambut sekerap 4 kali setahun (?!), fuh itu memang rare!
Guys, meetTia Sarah yang merupakan salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019. Tia atau nama sebenarnya Siti Sarah Shah Binti Nasser Shah baru berusia 19 tahun tetapi dia sangat adventurous dan berani untuk mengubah imejnya dengan cara memotong rambut.
“Tia sendiri pun tak ada jawapan sebenar kenapa perempuan suka menukar stail. Tetapi untuk Tia, perempuan akan evolve seiring dengan usia dan trend. Itu adalah normal. Lelaki pun berubah, cuma mereka tidak sedrastik kami. Right girls?
Persoalannya, how drastic can a girl get, Tia?
Ads
“Pada awal tahun ini, Tia telah shave kedua-dua bahagian tepi kepala. Kemudian, Tia telah memotong fringe pendek mirip pixie cut.
“Apabila fringe mulai panjang semula, Tia kembali ke salon untuk memotong kemas rambut semula..haa kan dah tiga kali tu..,” jelas Tia. Jadi, bila kali keempat tu?
Ads
“Kalau nak tengok gaya terbaru Tia, kenalah tonton Dewi Remaja 2018/2019 di Astro Ria! Hehe.”
Ececeh..
“Boys, ada juga perempuan yang memotong rambut kerana rasa rimas. Bukan disebabkan trend atau stail. Tia sendiri tak pandai pun menjaga rambut semasa kecil dulu. So, short hair is the easy solution.”
Ads
Penulis kemudian bertanya kepada Tia, apa pula yang difikirkan tentang pendapat kawan lelakinya?”
“Well, girls shouldn’t care too much about impressing others. Kalau korang hendak mekap, pakai mekepa sebab korang sukakannya. Boys can be judgemental, but you just need to be yourself.
“Ini juga merupakan antara sebab saya menyertai Dewi Remaja. Saya nak tunjukkan, it is okay to break the stigma and be different.”
Good Luck Tia Sarah!
Jangan lupa date kita untuk menonton episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 di Astro RIA (104) dan RIA HD (132) pada hari Ahad (25 November) ini, jam 10.30pm. Kemudian ikuti LIVE Instagram bersama para finalis pada 11.30pm di @majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelibat gadis tinggi lampai ini di malam kemuncak pencarian Dewi Remaja 2022, hujung minggu lalu telah menjadi perhatian ramai.
Disebut-sebut sebagai salah seorang peserta akhir yang mampu memberikan kejutan bagi memenangi gelaran juara pada malam tersebut, Alyssa Azmi yang kelihatan cukup anggun dalam busana serba merah rekaan Arma Couture telahpun menawan hati penonton di lokasi dengan keyakinannya dalam menjawab soalan yang diberikan.
Namun kongsi Alyssa yang juga pulang sebagai pemenang tempat keempat, sebaik memasuki pusingan kedua mindanya sedikit terganggu sebelum muncul kembali di atas pentas bagi segmen Soal Jawab.
Haa, kenapa agaknya tu Alyssa?
“Pertama sekali, sejak awal pencarian lagi saya sudah setkan di kepala yang saya tidak bertanding dengan mana-mana orang. Saya hanya bertanding dengan diri saya to force myself melakukan semua cabaran yang diberikan.
“Berlainan dengan sesetengah peserta, saya bermula dari kosong tanpa sebarang pengalaman. Saya cumalah seorang siswi universiti yang ingin mencuba sesuatu di luar zon selamat.
“Hingga ke pentas akhir pun, saya masih tidak meletakkan saingan saya dalam kalangan sembilan orang rakan lain dan sedikit sebanyak, mindset itu membantu saya untuk kekal tenang.
“Cuma apabila memasuki segmen Soal Jawab, saya yang pada masa itu belum bersedia dengan gaun, anting-anting pun tak sempat pakai tiba-tiba diletakkan pada kedudukan peserta pertama yang harus muncul di atas pentas.
”Bee perlu menerima rawatan terlebih dahulu dan sebagai rakan, saya tidak kisah dan bersedia to go first. Cuma keadaan agak mencemaskan dengan persediaan di belakang pentas sehinggakan saya kurang bersedia dalam merangka ayat ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Pak Nil.
“Itulah namanya ketentuan, kita merancang Tuhan menentukan. Saya cukup gembira dapat menamatkan perjalanan Dewi Remaja 2022 saya di kedudukan keempat terbaik.
“Cuma saya terkilan sedikit dengan persembahan diri sendiri bila tidak dapat peragakan busana Arma Couture sebaik yang saya inginkan (kerana bahagian belakang busana tidak sempat dirapikan dalam masa yang diberi) dan jawapan saya boleh diberi dengan lebih teratur,” ulas gadis berusia 19 tahun ini.
Tambah Alyssa lagi, dia turut berbangga dengan persembahan rakan-rakan peserta lain seperti Janani, Rasyiqah, Zafira, Auni dan Dina yang juga telah memberikan yang terbaik biarpun bukan rezeki mereka untuk ke pusingan seterusnya.
“This Is A Good Start”
Selang beberapa hari selepas malam kemuncak Dewi Remaja 2022, Alyssa berkongsi mengenai uji bakat sebagai hos program hiburan baharu yang bakal dijalaninya bersama beberapa lagi finalis lain.
Alyssa pada pusingan pertama perlu menghuraikan kata kunci yang diterima olehnya.
“Yes this is a good start. Apabila saya memenangi cabaran episod keempat untuk segmen pengacaraan, saya telahpun memperolehi tajuk program yang sama! Mentor kami pada waktu itu, Keanu Azman berkata pengacaraan saya bagus cuma perlu lebih relaks dan santai lagi. That is what I am going to do dan InsyaAllah jika ada rezeki, siapa tahu saya boleh terpilih?” katanya.
Alyssa juga mengakui dirinya tidak sabar untuk bertemu semula rakan finalis lain pada minggu ini kerana tidak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal sebaik sahaja pentas akhir Dewi Remaja 2022 melabuhkan tirai, Sabtu lalu.
Selain bergelar pemenang tempat keempat, Alyssa juga menggondol kategori penaja bersama Dewi Kinohimitsu Activ.
“Momen paling saya rindukan adalah bila dapat bersama rakan-rakan saya yang lain. Bersama enam rakan serumah saya termasuklah Tracie, Malle, Bee, Reezlyn, Dina dan Keeran, kami sudah diibaratkan seperti sisters. Makan bersama, menangis bersama. Dengan rakan lain seperti Auni, Zafira dan beberapa lagi yang tidak menetap sebumbung pun, saya sudah terbiasa lepak bersama mereka.
“Jadi, peluang ‘reunion’ mini ini saya amat nanti-nantikan. Bila tidak duduk serumah lagi memang terasa kehilangan,” katanya.
Usai tamat pencarian, Alyssa kini bakal meneruskan pengajiannya di Universiti Multimedia mengenangkan kontrak tajaan biasiwa TM yang dipegangnya masih berbaki dua tahun. Perancangan itu bagaimanapun tidak menghalang minatnya untuk menceburi bidang modelling dan iklan komersil sebagai pekerjaan separuh masa demi menyerlahkan keyakinan dan potensinya dalam industri seni hiburan serta fesyen tempatan.
Congratulations Alyssa Azmi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amboi, main tutup-tutup muka bakal suri ya abang Eizlan Yusof!
Hujung minggu lalu, memang ramai yang membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Ini termasuklah finalis Hero Remaja 1993/1994 Datuk Seri Eizlan Yusof dan finalis Dewi Remaja 2009/10 Azar Azmi.
Eizlan Yusof Hanya Kawan Rapat
Empat tahun pelakon filem Pisau Cukur ini menduda, akhirnya Eizlan Yusof, 48 bertemu dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville dan bakal menaiki pelamin pada 12 Disember ini.
Eizlan dan wanita berketurunan Serani itu menurut beliau telah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Namun hubungan mereka setakat itu saja, hanya berkawan.
Hinggalah 3 bulan lalu, Eizlan mengambil keputusan melamar secara spontan dan Natasha menerimanya. Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini di Putrajaya, Eizlan turut berkata Natasha telahpun memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lalu sebelum apa-apa perancangan untuk berkahwin timbul.
Buat masa ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah bakal isteri beliau berusia 29 tahun itu.
Congrats abang!
*
Azar Memilih Bapa Tunggal
Semalam pula, seorang finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu pelakon, Azar Azmi pula telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga merupakan bapa tunggal.
Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup itu, ia sempat disaksikan oleh beberapa selebriti seperti Fasha Sandha.
Pandai Azar menyembunyikan statusnya yang telah bercinta dengan pasangannya sejak 5 tahun lalu. Azar dilaporkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum sampai dua minggu selepas finale Dewi Remaja 2019 melabuhkan tirainya, dah ada gosip antara mereka dan penyanyi BBNU. Eh!
Dengar cerita, ada 2 orang finalis Dewi Remaja yang menjadi rebutan 2 orang penyanyi dari pertandingan Big Stage 2019 ajuran Astro RIA.
Aik, sejak bila lah pula mereka sempat nak berjumpa dan tackle ni? Bukan finalis Dewi Remaja telah dikuarantin selama 3 bulan ke?
Okay, okay. Sebelum gosip meliar, let us get things straight.
Mereka bukanlah couple selebriti terbaru, tetapi 2 finalis Dewi Remaja ini telahpun disunting menjadi penyeri klip video penyanyi kacak, Kucaimars dan Adzrin Amiruddin.
Dalam muzik video terbaru Kucaimars berjudul Khayalan, Nina Amin muncul sebagai gadis yang hanya ditemui dalam mimpi Kucaimars.
Penyanyi tersebut cuba untuk menyakinkan agar Nina kekal dalam mimpi tersebut dan dia enggan terjaga dari lena. Cer tonton klip video Khalayan and let us know what do you guys think about it?
Seorang lagi Dewi yang disunting untuk membintangi klip video ialah Aishah Azhan ataupun lebih mesra dengan panggilan Ash.
Ash baru saja mengikuti penggambaran bersama pemenang tempat ketiga Big Stage 2019, Adzrin menerusi single terbarunya, Bagai Lagu Indah.
Walaupun ia masih belum menemui peminat, klip teaser yang dimuat naik oleh Adzrin ini telah mencuri tumpuan ramai orang. Kemain eh korang.