Seriuslah Boleh Keluarkan Duit ATM Tanpa Kad, Ini Caranya!

Share

Dah sampai ATM, kad pula tak bawa…jangan stress. Chill-chill je, setiap masalah tu kan pasti ada jalan keluar. Di zaman internet dihujung jari ni, tiada yang mustahil.

Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad. Caranya mungkin agak susah sikit tapi kalau inilah satu-satunya jalan keluar untuk anda memperoleh wang, why not kan?

Tapi nak diingatkan, perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank yang ada Mybank2u je tau.

So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad perkongsian daripada seorang wanita ini menerusi laman TikToknya.

1. Masuk di Maybank2u

2. Klik pada simbol mobile di bawah hujung.

3. Klik pada cardless ATM withdrawal

4. Letak nombor telefon

5. Pilih amaun yang nak dikeluarkan

6. Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad

7. Ikut dua langkah penting ini.

 

@fiyaartTak ada kad bank pun, boleh keluarkan duit kat ATM##fypシ ##fypppp ##tiktok

♬ original sound – BRYCE – br1yce

Kalau dalam keadaan kecemasan tip ni rasanya sangat berguna. Dan bolehlah keluarkan duit. Mudahkan. Lepas ni tak perlulah risau lagi kalau terlupa bawa kad bank bila nak keluarkan duit. Ikut je tips ni, mesti korang takkan menyesal.

Tapi pastikan dekat ATM tu tak ada ramai yang beratur dibelakang. Kalau tak mahu orang kena jeling sebab lama sangat depat mesin ATM tu.

Sumber: Fiyaart

IKLAN