Sokongan terhadap pasukan Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF Suzuki Cup 2018 seperti mendapat suntikan semangat baru, berbanding tahun-tahun sudah.
Dengan kehadiran penyokong yang semakin ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil, pemain negara menghargai setiap orang yang hadir ke sini, seperti yang pernah diperkatakan oleh kapten negara, Zaquan Adha sehari sebelum perlawanan final.
Semalam je, lebih 80,000 orang penyokong memenuhi tempat duduk stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama di antara Malaysia dan Vietnam. Paling mendapat perhatian tentulah kehadiran wajib penyokong Ultras Malaya yang setia berada di belakang tiang gol.
Ada saja idea menarik yang mereka bawakan sepanjang musim ini. Dengan formasi berbeza semasa menyanyikan lagu Negaraku, sehinggalah tirai ‘lukisan banner’ yang ditarik ketika nyanyian lagu kebangsaan itu. Kesemuanya begitu kreatif dan dinanti-nantikan oleh para penonton.
Jom tengok 4 idea kreatif yang mereka lakukan.
Final Malaysia – Vietnam
Tema: Berjuanglah Demi Maruah
Ads
Semi Final Malaysia – Thailand
Tema: Jangan Gentar Kita Lawan
Ads
Quarter Final Malaysia – Myanmar
Tema: Menang Sampai Juara, Kitalah Raja
Ads
Malaysia – Kemboja
Tema: Berkorban Apa Saja
Selamat jalan ke Vietnam buat Ultras Malaya untuk perlawanan akhir kedua pada hari Sabtu ini. Laungkan sorakan terkuat kalian buat Harimau Malaya alright!
Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Muhammad Ammar Azman ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Biasiswa YSD di Pusat Konvensyen Sime Darby. Foto Bernama
Disahkan menghidap penyakit kanser otak sejak berusia 10 tahun, bukan alasan untuk lelaki kental bernama Muhammad Ammar Azman ini untuk hilang semangat untuk hidup.
Malah, Muhammad Ammar baru-baru ini turut berjaya memperoleh geran di bawah Program Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Yayasan Sime Darby (YSD) bagi melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Selangor (Unisel).
Paling membanggakan anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menghafaz al-Quran. Walaupun pada tempoh itu beliau terpaksa menjalani enam pembedahan serta menjalani sesi radioterapi bagi memerangi kanser yang dihadapi.
Foto Via Bernama
“Saya agak keberatan untuk menyambung pelajaran selepas SPM kerana ibu bapa saya terpaksa menanggung hutang yang banyak akibat kesihatan saya.
“Mengambil kira masalah kewangan yang dihadapi, saya beritahu mereka bahawa saya tidak kisah jika terpaksa menangguhkan pengajian saya tetapi mereka tidak terima.
“Saya bernasib baik kerana ibu saya merupakan kakiatangan Sime Darby Property Berhad, sekali gus melayakkan saya untuk mendaftar bagi geran YSD.
“Ia telah membuka jalan bagi saya melanjutkan pelajran dalam Pengajian Islam, yang saya amat minati,” katanya kepada media ketika ditemui Bernama selepas majlis penyerahan anugerah tersebut baru-baru ini.
Muhammad Ammar merupakan antara 3,026 penerima biasiswa pada Majlis Anugerah Biasiswa (SAC) tahunan YSD iaitu sebahagian daripada komitmen yayasan tersebut dalam menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti.
Bercita-cita menjadi guru pengajian Islam
Muhammad Ammar, yang meminati pengajian al-Quran dan tidak teragak-agak lagi untuk melanjutkan pelajaran, disahkan bebas kanser sejak dua tahun lepas.
“Saya membaca al-Quran setiap hari dan bila ada peluang cuba menghafal setiap bacaan walaupun ia agak mencabar. Amalan itu telah menjadi rutin bagi saya.
“Bagaimanapun, paling penting tiada lagi sel kanser dikesan dalam tubuh saya, jadi sekarang saya boleh memberi sepenuh perhatian kepada pengajian diploma dan al-Quran saya,” katanya.
Bercita-cita menjadi guru pengajian Islam pada masa hadapan, Muhammad Ammar menggalakkan individu yang mempunyai pengalaman sama dengannya supaya tidak mudah putus asa dengan peluang pendidikan yang ada.
Bila ditimpa ujian, ramai yang gagal mengawal emosi. Ramai bertanya-tanya di dalam hati, mengapa aku, kenapa keluargaku dan lain-lain. Tahukah, ujian yang berlaku adalah tanda Allah sayang.
Moga Muhammad Ammar terus diberikan kesihatan yang baik, cekal dan berjaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membaca kisah-kisah ditipu scammer membuatkan kita begitu berhati-hati mengangkat sebarang panggilan nombor khususnya yang tertera kod 03. Ini kerana tersebar meluas di media sosial bahawa scammer menggunakan nombor kod negeri khususnya 03 (bagi Kuala Lumpur) untuk menipu mangsanya.
Bimbang ditipu, adakalanya kita mengabaikan saja nombor-nombor tertera di telefon bimbit kerana tak mahu tersalah langkah. Namun begitu bukan semua nombor boleh diabaikan terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya nombor 03-9833400 kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan ketika wabak COVID-19 melanda dunia dan memberi kesan ekonomi kepada semua pihak.
Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari talian sehala mereka iaitu 03-89224000.
Satu nota penting, JANGAN HUBUNGI nombor 03-89224000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja.
Malah pihak KWSP juga memaklumkan, nombor ini adalah tulen dan agen KWSP akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.
Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam.
Jadi jangan call ya untuk bertanya permohonan korang dan diproses atau belum kerana pihak KWSP yang akan buat panggilan kepada korang semua.
Dikatakan lagi, pihak KWSP memerlukan masa di antara 5-10 hari bekerja untuk memproses permohonan sebanyak 1.2 juta yang dibuat oleh pencarum untuk pengeluaran RM500 sebulan yang dibenarkan oleh kerajaan selama setahun.
Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan meneria SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.
Namun katakanlah korang terlepas panggilan Miss Call, janganlah terus stres sebab pengesahan ini boleh dilakukan menerusi emel saja nanti.
Bagi yang nak memohon tu, sila bersabar ya sebab memang banyak permohonan dan pihak KWSP sedang berusaha membantu kita semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebanyakkan remaja dan muda mudi memang susah nak sertai acara kebajikan. Yelah, dah la penat buat kerja, tak enjoy lansung!
Berbeza dengan tiga gadis cantik dan finalis Dewi Remaja ini iaitu Nina Amin, Myra dan Aishah Azhan yang berkongsi di media sosial sertai kerja-kerja amal dan program kebajikan.
Walaupun agak sibuk dengan tugasan masing-masing, namun Dewi Remaja ini sempat meluangkan masa dan tenaga untuk majlis dan program sebegini. Salah seorang daripada mereka juga memberitahu dewi-dewi ini memang lama berniat untuk melakukan kerja amal ni tapi tak tahu ingin memulakannya .
Menurut Myra, beliau rasa sungguh seronok dapat membantu orang yang memerlukan. Walaupun dia kini bergelar jurulatih cheerleaders, namun bila dapat peluang melakukan kerja-kerja amal ini dia tidak kekok dan berasa sungguh bertuah kerana ‘terpilih’.