Serius Cool, ‘Mesin Gedegang’ Skincare Kini Terdapat Di Pulau Pinang

Share

Ramai yang menganggap vending machine atau lebih dikenali sebagai mesin ‘gedegang’ adalah tempat menjual air atau makanan ringan yang praktikal, tapi sebenarnya ia adalah mesin layan diri.

Di Malaysia, mungkin kita sudah terbiasa melihat minuman atau makanan segera yang dijual melalui mesin ‘gedegang’ ini tetapi jika di luar negara, sebenarnya ada banyak lagi benda yang dijual di vending machine

ini termasuklah barang keperluan harian seperti bahan masakan atau penjagaan diri.

Namun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Omar Faayiz telah pun berkongsi informasi tentang vending machine yang dijumpainya menjual produk skincare.

Menggelarkannya ‘mesin tikam skincare’, vending machine

ini turut dinyatakan berada di lokasi First Avenue, Penang.

Hal ini mendapat perhatian netizen, dan ada yang menganggap ia merupakan tindakan berani yang dilakukan penjual dengan mempertaruhkan barangan dagangan seperti skincare.

Malah, ada yang menjelaskan bahawa perniagaan hijab juga sudah dibuat melalui vending machine.

Wah, jika banyak lagi vending machine seperti ini di serata Malaysia, sudah tentu ia sangat memudahkan pengguna dan dapat dibeli pada bila-bila masa sahaja.

Tidak hairanlah kerana negara luar banyak yang sudah menggunakan teknologi ini, jadi mengapa tidak ia turut digunakan di negara kita bukan?

Sumber: Omar Faayiz

IKLAN