Luar Negara

Debut Sebagai Pelakon, Lisa BLACKPINK Bakal Hiasi Layar Skrin Hollywood

Share

Hey BLINKS! Ada berita baik untuk korang ~

Baru-baru ini berita berkenaan anggota BLACKPINK, Lisa mengejutkan para peminat apabila diumumkan bahawa bintang sensasi ini bakal memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood dengan membintangi siri The White Lotus musim ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Lisa BLACKPINK Kejutkan Peminat, Tampil Menawan Di Samping Rihanna!

Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal bakal menyertai barisan pelakon popular lain di mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.

Antara yang membintanginya ialah Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan Julian Kostov.

Antara sedutan siri HBO tersebut.

Turut berlakon, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O’Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.

Diterbit dan diarahkan Mike White, penggambaran musim baharu itu akan dijalankan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.

Menurut KOSMO, siri original HBO itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan Thailand untuk tujuan promosi dan sokongan.

Lisa (dua dari kanan) merupakan ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK.

The White Lotus menjadi popular selepas diperkenalkan pada 2021. Musim pertama penggambaran dibuat di Hawaii, Amerika Syarikat. Ia berjaya meraih 20 pencalonan di Emmy Awards dan menang 10 kategori.

Musim keduanya yang ditayangkan pada Disember 2022 dibuat di Sicily, Itali mendapat 23 pencalonan di Emmy Awards dan menang lima kategori termasuk drama siri terbaik.

Antara adegan Jennie di dalam siri The Idol tahun lalu.

Lisa menjadi anggota kedua BLACKPINK menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.

REMAJA sangat tidak sabar untuk melihat bintang kelahiran Thailand ini beraksi di skrin besar Hollywood!

Stay tuned okay BLINKS…

BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO & KOREABOO

IKLAN